• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Civic Si (2022) Guna Transmisi Manual Teknologi Type R, Kurang Berkuasa?

Honda Civic Si (2022) Guna Transmisi Manual Teknologi Type R, Kurang Berkuasa?

October 20, 2021 By Shawkath Leave a Comment

202
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

HONDA sudah memperkenalkan model sedan Civic Si (2022) yang digambarkan sebagai versi paling seronok dipandu dan memiliki pengendalian yang lebih baik.

Civic Si kini hadir dengan trenkuasa 1.5liter dan transmisi manual 6-kelajuan dengan teknologi padanan rev yang dipinjamkan daripada model berprestasi Type R.

BACA >>> Honda Civic (2022) Serba Baharu Bakal Lancar untuk Pasaran Singapura
BACA >>> Honda Civic Type R (2023) Sedang Diuji Di Litar Nurburgring, Debut Tahun Depan

Honda Civic Si 2022 - 1
Honda Civic Si 2022 - 5

Bagaimanapun, output kuasa adalah 200hp iaitu susut 5hp berbanding model sebelumnya tetapi daya tork masih kekal 260Nm. Honda mendakwa hantara kuasa pada generasi baharu Civic Si adalah lebih baik berbanding versi terdahulu.

Puncak tork tiba 300rpm lebih awal dan Honda menyatakan talaan itu membolehkan model itu mempunyai daya pecutan lebih baik dari kedudukan pegun. Trenkuasa itu lebih bertenaga ketika julat rev kekal antara 6,000rpm hingga garisan merah 6,500rpm.

BACA >>> Honda Civic Type R Kena Langgar Volvo Sampai Putus Dua
BACA >>> Bukan Sebab Berlumba, Pemandu Kongsi Cerita Honda Civic Type R Putus Dua

Honda Civic Si 2022 - 3
Honda Civic Si 2022 - 6

Tindak balas enjin juga lebih baik dengan penggunaan flywheel baharu iaitu 26 peratus lebih ringan berbanding model Civic Si sebelum ini. Ia juga menghasilkan nada ekzos lebih baik dengan peredam baharu yang menambah baik aliran emisi sehingga 27 peratus (berbanding Civic Touring).

Transmis manual 6-kelajuan menawarkan penukaran 10 peratus lebih cepat. Honda Civic Si cuma hadir dengan transmisi manual tetapi menawarkan respons 430 milisaat lebih baik jika menggunakan mod sport.

Komponen LSD hadir sebagai ciri standard dengan suspensi multi-link pada bahagian belakang. Sistem brek Si ditambah baik dengan rotor lebih besar (312mm depan, 281mm belakang).

BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Cuci Kabin Kereta untuk Hapus Kuman Covid-19

Honda Civic Si 2022 - 2
Honda Civic Si 2022 - 4

Rim 18 inci dengan 10 batang jejari berwarna hitam kusam dibalut tayar berprestasi semua musim bersaiz 235/40. Warna yang ditawarkan ialah Blazing Orange Pearl iaitu warna sama seperti digunakan pada model prototaip Civic yang dipertonton pada November 2022.

Rekabentuk Civic Si nampak agresif dengan padanan spoiler bonet belakang berwarna hitam kilat dan skim warna sama dikenakan pada perumah cermin sisi dan bingkai tingkap. Spoiler bawah bampar depan pula menambah baik imej Si. Lencana merah pada grill pula dipinjam dari model Civic Hatchback 2022.

BACA >>> #TahukahAnda: Seberapa Pantas Suhu Luar Panaskan Kabin Kereta?

Ruang kabin tampak jiwa sport dengan aksen merah pada bahagian tertentu, pedal aluminium dan tempat duduk jenis sport. Instrumen digital meter masih 7-inci dan skrin infotainmen sesentuh pula sebesar 9-inci dengan sambungan tanpa watar Android Auto dan Apple CarPlay. Sistem audio standard digunakan ialah Bose dengan subwoofer.

Honda Civic Si adalah konfigurasi empat pintu selepas pengeluar itu menamatkan pengeluaran bentuk badan coupe dua pintu untuk varian Si. Jualan akan bermula sebelum akhir tahun ini. Harga masih belum diumumkan.

BACA >>> #ApaNakBuat: Apakah Posisi Memandu Betul dan Selamat untuk Wanita Tubuh Kecil?
BACA >>> Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil
BACA >>> #ApaNakBuat: Tak Puas Hati Jiran Parkir Depan Rumah? Ambil Tindakan Undang-Undang Ini!

SUMBER: Carscoops | Motor1

Related

202
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Civic sedan 2022, Honda Civic Generasi Ke-11, Honda Civic Si (2022), Honda Japan, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev