• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kerjasama BMW-TVS Sukses, Hasilkan 100,000 Unit G310

Kerjasama BMW-TVS Sukses, Hasilkan 100,000 Unit G310

November 5, 2021 By Wahid Leave a Comment

244
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERJASAMA BMW Motorrad dan TVS Motor Company bermula 2013 menerusi pembuatan dua model baharu ketika itu, iaitu G310R dan G310GS di kilang TVS di bandar Hosur, India.

Model konsep melakukan debut sempena Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2015 dan dipasarkan seluruh dunia. Kerjasama itu berjaya mencapai objektif disasarkan apabila kedua-dua model tersebut dapat dijual di 120 negara sepanjang 2017.

BACA >>> Malaysia Lancar Tiga Varian BMW G310GS, dan G310GR, Harga Mula RM27.5k
BACA >>> #BikinMotor: Modifikasi BMW G310GS Versi Hornig dari Jerman

Susulan populariti barisan G310, kilang TVS baru-baru ini mengeluarkan unit ke-100,000 yang juga rekod cemerlang kerana perjanjian sesama kedua-dua gergasi pengeluar motosikal itu hanya termeterai enam tahun lalu. Pengeluaran pula bermula 2016 yang mana angka tersebut bersamaan pengeluaran 20,000 unit setahun.

BMW Motorrad pula dapat mencapai lebih banyak pasaran dunia melalui TVS, dan pada masa sama TVS mendapat manfaat pemindahan pengetahuan teknikal daripada BMW.

Hasilnya, TVS memperkenalkan sportbike Apache 310RR yang dibina berasaskan platform G310 dengan dijana enjin silinder tunggal 313cc, yang juga digunakan G310R dan G310GS. Kualiti motosikal pun meningkat mendadak bagi model 2021.

BACA >>> TVS Apache RR 310, Kembar G 310 R Tanpa Lencana BMW

bmw-g310r-malaysia-6
bmw-g310gs-rallye-malaysia-3

Namun, ada beberapa perbezaan antara model BMW dan TVS. Apache menggunakan panel meter TFT berwarna, mod enjin dan suspensi boleh laras. Model BMW pula menggunakan lampu LED, terotel elektronik ride-by-wire, dan klac antigelincir Assist & Slipper (A&S) untuk 2021.

Susulan kejayaan berkenaan, kedua-dua pengeluar menyatakan hasrat meneruskan kerjasama untuk tahun mendatang.

BACA >>> TVS Bakal Tubuh Anak Syarikat Baharu Urus Semua Produk EV Masa Depan

Related

244
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, BMW G310, BMW G310GS, BMW G310R, BMW Motorrad, TVS Apache 310 RR, TVS Motor Company

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev