• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Budak Perempuan OKU Maut Tertinggal dalam Van, Pemandu Ditahan

Budak Perempuan OKU Maut Tertinggal dalam Van, Pemandu Ditahan

October 13, 2021 By Shawkath Leave a Comment

298
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG kanak-kanak perempuan autisme dilaporkan maut selepas dipercayai ditinggalkan tiga jam dalam sebuah van di Negeri Sembilan, malam tadi.

Insiden membabitkan mangsa berumur 8 tahun dilaporkan berlaku di Taman Nusari Bayu 2, Bandar Sri Sendayan. Berdasarkan laporan, mangsa ialah pemegang kad orang kelainan upaya (OKU) masalah pembelajaran.

BACA >>> Tertinggal dalam Kereta Hampir 4 Jam, Bapa Hilang Anak Selamanya
BACA >>> 7 Tip Pastikan Kanak-Kanak Selamat Dalam dan Luar Kereta

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, mangsa ditinggalkan tanpa sengaja pemandu van yang diberi tanggungjawab menghantar mangsa.

Satu laporan polis mengenai kematian kanak-kanak autisme itu diterima jam 7.46 malam tadi. Siasatan awal mendapati mangsa sepatutnya dihantar pemandu van tersebut ke Pusat Jagaan Harian di Taman Nusari Aman.

Bagaimanapun, pemandu van  pulang ke rumah tanpa menyedari mangsa masih berada dalam kenderaannya dari jam 2.30 hingga 5.30 petang.

Sepanjang kejadian itu, van berkenaan diletakkan di depan rumahnya dan dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri apabila ditemukan. Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) dan disahkan meninggal dunia.

Susulan kes itu, polis menahan pemandu van berkenaan, seorang lelaki berumur 34 tahun dan akan direman.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. Proses bedah siasat akan dijalankan untuk mengesahkan punca sebenar kematian.

BACA >>> Pengetua Tadika Terlupa, Budak 3 Tahun Maut Tertinggal 5 Jam dalam Kereta
BACA >>> #ApaNakBuat: Waze Ada Fungsi untuk Elak Tertinggal Anak dalam Kereta
BACA >>> Tip Elak Tertinggal Anak dalam Kereta, Campak Kasut ke Kerusi Belakang

SUMBER: Utusan

Related

298
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, budak tertinggal dalam van, Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Mohd. Said Ibrahim, OKU autisme, Pusat Jagaan Harian di Taman Nusari Aman, Seremban, Taman Nusari Bayu 2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev