• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Indonesia, Finland Masuk Kalendar MotoGP 2022, Sepang Kembali!

Indonesia, Finland Masuk Kalendar MotoGP 2022, Sepang Kembali!

October 8, 2021 By Aryon Leave a Comment

378
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DENGAN MotoGP 2021 berbaki tiga pusingan lagi, Dorna mendedahkan kalendar perlumbaan untuk saingan kejuaraan dunia itu musim dengan.

Selepas dua musim berlangsung dengan pelbagai kekangan, penangguhan dan pembatalan disebabkan konflik Covid-19 yang melanda dunia, kalendar musim depan berlangsung dengan tambahan dua litar baharu, iaitu Mandalika di Indonesia dan MymiRing di Finland.

BACA >>> Video 3D Litar Mandalika Ditayangkan, Akan Masuk Kalendar MotoGP 2021
BACA >>> Litar KymiRing di Finland Siap Sepenuhnya, Akan Masuk Kalendar MotoGP 2020!

Seperti saingan terdahulu, aksi awal kempen MotoGP akan bermula di Qatar, juga sebagai satu-satunya perlumbaan yang berlangsung sebelah malam, manakala pusingan kedua akan diadakan di Mandalika.

Walaupun trek baharu itu masih bergantung kepada kelulusan, tetapi dijangka tiada masalah memandangkan kejuaraan awal seperti Piala Bakat Asia Idemitsu dan Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) sudah dijadualkan berlangsung di sana bulan depan.

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Litar Lumba Paling Banyak Ragut Nyawa di Dunia

KymiRing pula, walaupun berdepan pelbagai penangguhan atas beberapa alasan, litar tersebut kekal dalam kalendar MotoGP hingga 2026, dan seandainya kondisi trek dapat memenuhi kriteria perlumbaan, GP Finland akan menjadi kenyataan tahun depan. Malah, litar berkenaan sudah sedia menjadi trek persendirian untuk sesi tunggang uji pelbagai pengeluar motosikal sejak Ogos 2019.

litar-sepang-malaysia-bg
litar-sepang-malaysia-2

Ini bermakna, kalendar MotoGP musim depan bakal menyaksikan beberapa litar kembali semula yang sebelum ini dibatalkan akibat pandemik seperti Termas de Rio Hondo (Argentina), Twin Ring Motegi (Japan), Chang International Circuit (Thailand), Phillip Island (Australia) dan Sepang (Malaysia).

Jika berjalan lancar, pelumba perlu berdepan dengan 21 perlumbaan untuk menjadi juara dunia 2022, berbanding 19 perlumbaan dalam kalendar 2019.

BACA >>> Litar Antarabangsa Langkawi Akan Jadi 'Nürburgring Timur'!

Related

378
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, GP Finland, GP Indonesia, Kalendar MotoGP 2022, Kejuaraan Dunia MotoGP, Litar KymiRIng, Litar Mandalika, MotoGP 2022

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • OMODA C9 PHEV Bakal Lancar di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM220k!
    OMODA C9 PHEV Bakal Lancar di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM220k!
  • JAECOO J5 Bakal Lancar Tidak Lama Lagi! Harga Bawah RM120k?
    JAECOO J5 Bakal Lancar Tidak Lama Lagi! Harga Bawah RM120k?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev