APA yang terbuku dalam dalam dada akhirnya dikongsikan Hafizh Syahrin Abdullah selepas mengesahkan tahun ini adalah musim terakhir beliau dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).
Pelumba Moto2 yang beraksi bersama pasukan NTS RW Racing GP itu mengakui beliau sudah melakukan apa terdaya, termasuk cuba mendapatkan keputusan terbaik, tetapi situasi tidak seperti apa diharapkan.
BACA >>> Hafizh Syahrin Nak Bersara Dah?
BACA >>> TMJ Nak Taja Hafizh?
Ucapan selamat tinggal itu bukan mudah diungkap, apatah lagi selepas jatuh bangun selama lapan tahun dalam MotoGP demi mengharumkan nama negara. Beliau mengakui amat sukar, tetapi terpaksa membuat keputusan tersebut.
Hafizh berkata;
Saya sebenarnya sudah buat sehabis baik dengan jentera saya. Mungkin saya dan pasukan tak dapat nak cari cara mana lagi untuk meningkatkan prestasi jentera.
“Saya tahu ramai masih berharap saya kekal tetapi saya perlu fikirkan masa depan dan mungkin akan buat benda lain.”
Hafizh mengakui berdepan masalah kekangan kewangan kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri dan itu juga salah satu sebab beliau perlu berfikir panjang mengenai masa depannya dalam MotoGP.
Beliau juga enggan kekal dalam MotoGP semata-mata 'mengisi kantung' atau bawa tajaan pasukan disertai, khasnya yang berpangkalan di Eropah.
Saya bukan tak minat cara macam itu tapi saya yakin mampu bersaing dengan lain, jadi kenapa saya perlu bawa duit untuk pasukan?
“Kemudian kalau saya tak dapat apa yang saya mahukan, terutama prestasi jentera, saya rugi macam itu saja,” jelasnya.
Hafizh belum merancang pelan seterusnya tetapi tidak menolak kemungkinan bersaing dalam kejuaraan lain seperti Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) atau Kejohanan Superbike Dunia (WorldSBK).
Saya tak berani buat keputusan sekarang. Bila tiba masa, saya akan beritahu apa saya akan buat,” katanya.
BACA >>> Hafizh vs Imigresen: Netizen Berperang di Media Sosial!
BACA >>> Hafizh Akur Jentera Kurang Data, Tapi Tekad Cepat Sesuaikan Diri
BACA >>> Marquez Mujur Juara GP Jepun Sebelum Minyak Habis, Hafizh Tolong Tunda Motor ke Pit
BACA >>> Enjin Motor Panas Gagalkan Hasrat Hafizh Dapat 6 Terbaik
SUMBER: Utusan
Leave a Reply