• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Damok Masuk Moto3 untuk SIC Musim Depan?

Damok Masuk Moto3 untuk SIC Musim Depan?

October 6, 2021 By Aryon Leave a Comment

894
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SYARIFUDDIN Azman mungkin mendapat tempat untuk berlumba dengan pasukan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam Kejuaraan Dunia Moto3 tahun depan, manakala masa depan Adam Norrodin kini masih belum pasti.

Zulfahmi Khairuddin, yang penyelaras pasukan pembangunan penunggang SIC, kini sedang berunding dengan pasukan Moto3 bagi pihak Syarifuddin, juga dipanggil Damok.

BACA >>> Adam Norrodin Naik Podium, Damok Pamer Prestasi Terbaik di Portugal
BACA >>> Razlan: Peluang Damok ke Moto3 Bersama SRT Cerah

Zulfahmi, yang juga meraih dua podium kejuaraan dunia, menjangka perkembangan mengenai Damok akan diketahui dalam masa terdekat.

Zulfahmi berkata;

Jelas sekali kami sedang berunding untuk Syarifuddin berlumba dengan pasukan kejuaraan dunia tahun depan."

"Pasukan ini baharu dalam kejuaraan dunia dan mereka dapat masuk dengan bantuan Dorna. Ia mungking ambil lebih masa untuk  memuktamadkan banyak benda. SIC akan buat pengumuman rasmi apabila ia diputuskan."

"Bagi Adam, kami masih menilai dan belum buat keputusan sama ada mengekalkan dia untuk Kejuaraan Eropah Moto2, atau pindahkan dia ke Kejuaraan Dunia Moto2 tahun depan. Kedua-dua pelumba (Adam dan Syarifuddin) berlumba dengan baik dalam kejuaraan masing-masing tahun ini."

Bagaimanapun, Zulfahmi berkata, Kejuaraan Junior Dunia Moto3 yang disertai Damok adalah lebih kompetitif berbanding Kejuaraan Eropah Moto2.

Kami rasa Syarifuddin ada banyak potensi untuk buat lebih baik dalam kejuaraan dunia. Pelana Moto3 juga sangat terhad, jadi kami perlu bertindak cepat."

BACA >>> PETRONAS sah tamatkan kerjsama dengan SRT dalam MotoGP

Damok dan Adam meraih podium dalam kejuaraan masing-masing tahun ini, dan mereka sepatutnya menyertai pasukan Petronas Sprinta Racing Moto2 dan Moto3, musim depan. Bagaimanapun, kedua-dua pelumba itu perlu mencari pilihan lain kerana pasukan Malaysian akan dibubarkan menjelang penghujung musim ini.

Segalanya berlaku berikutan penarikan Petronas sebagai penaja utama yang memaksa prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali dan pengarah teknikal, Johan Stigefelt bersepakat menubuhkan RNF MotoGP Racing Team untuk terus berlumba dalam kejuaraan lumba motosikal dunia.

BACA >>> SRT kini Jadi RNF MotoGP Racing, Akan Bersaing dalam MotoGP Hingga 2026
BACA >>> RNF MotoGP Racing Bukan 'Razlan and Friends', Tapi....

SUMBER: TheStar

Related

894
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Adam Norrodin, Auto Terkini, Damok, Datuk Razlan Razali, Johan Stigefelt, Kejuaraan Dunia Moto3, Kejuaraan Dunia MotoGP, sukan permotoran, Syarifuddin Azman, Zulfahmi Khairuddin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev