• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sikit-Sikit, Lama-Lama Jadi Bukit, Pasangan Beli Rush Tunai Hasil Tabung dalam 9 Tong Air

Sikit-Sikit, Lama-Lama Jadi Bukit, Pasangan Beli Rush Tunai Hasil Tabung dalam 9 Tong Air

October 4, 2021 By Shawkath Leave a Comment

288
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBUAH kisah inspirasi yang boleh dijadikan teladan buat kita semua. Pasangan suami isteri di Indonesia yang bekerja sebagai peniaga membeli sebuah Toyota Rush secara tunai dengan membawa sembilan tong bekas air berisi wang syiling dan kertas.

BACA >>> 13 Fakta Pantas Tentang Toyota Rush di Malaysia, Harga Bermula RM93k

toyota rush syiling 1
Toyota Rush

Asriyadi Syamsuddin dan isterinya, Ratna dari Pulau Pajenekang di Sulawesi Selatan mendakwa menabung wang sebanyak itu sejak tiga tahun lalu hasil daripada pendapatan berniaga dan juga baki wang ketika membeli barang niaga daripada pemborong.

500-rupiah
1000-rupiah
dua-ribu-rupiah

Menurut laporan portal Suara.com, syiling disimpan terdiri daripada 500 rupiah (20 sen), 1,000 rupiah (30 sen) dan wang kertas 2,000 rupiah (60 sen).

Saya simpan wang sejak tiga tahun lalu. Saya juga tidak sangka jumlahnya begitu banyak,” kata Asriyadi.

Asriyadi mengunjungi bilik pameran Toyota di Makassar dan bertanya sama ada dia dibenarkan membeli kenderaan menggunakan syiling. Kakitangan Toyota di situ menjawab boleh asalkan wang tersebut masih bernilai.

Dia kemudian membuat bayaran pendahuluan berjumlah 10 juta rupiah (RM2,920), dan keesokkan hari membawa sembilan tong berisi wang syiling dan beberapa kotak mengandungi not kertas.

Berikut jumlah wang yang dikumpul pasangan tersebut selama tiga tahun:

  • Syiling pelbagai nilai: Rp55 juta rupiah (RM16,050)
  • Not kertas 2,000 rupiah: Rp107 juta (RM31,220)
  • Jumlah = Rp162 juta (RM47,270)

Model kenderaan utiliti sukan (SUV) Rush itu berharga 271 juta rupiah (RM79,076), dan pasangan itu dilaporkan akan menjelaskan baki bayaran sebaik saja menerima SUV 7-kerusi itu.

BACA >>> Lelaki Ini Menabung Lebih Setahun untuk Beli Motosikal Tunai, 5 Jam Baru Selesai Kira
BACA >>> Kanak-Kanak Ini Tengok F1 Secara Langsung dari Belakang Rumah Je...

SUMBER: Suara

Related

288
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Asriyadi Syamsuddin, Beli SUV guna wang syiling, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, Toyota Indonesia, Toyota Rush

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev