DUCATI memulakan acara World Ducati Premiere 2022 pada 30 September lalu dengan memperkenalkan barisan model 2022 dalam beberapa episod.
Episod pertama adalah pelancaran Multistrada V2 sebagai pengganti model terdahulu, Multistrada 950. Nama 'V2' juga membezakan model itu berbanding Multistrada V4. Adakah Ducati hanya akan menghasilkan Multistrada V2 dan V4, serta tiada lagi Multistrada 1200 yang berenjin 2-silinder?
BACA >>> Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
BACA >>> Ducati Multistrada V4 yang Lebih Ringan, Berkuasa dengan Ekzos Akrapovic
Apapun, menurut Ducati, Multistrada V2 baharu sangat sesuai sebagai motosikal pelbagai guna untuk tunggangan harian, kembara (touring) dan off-road ringan.
Ada banyak ciri baharu dan rombakan semula dilakukan Ducati untuk Multistrada V2 ini yang ditawarkan dalam dua varian Multistrada V2 standard dan Multistrada V2 S.
Berikut ciri Multistrada V2 (2022):
- Enjin Testastretta 11º V-2 90º, dipanggi L-Twin 937cc berkuasa 113hp @ 9,000rpm dan tork 96.3Nm @ 7,750rpm.
- Kotak gear dan klac dipertingkat untuk tukaran gear yang lebih halus (berikutan rungutan tentang 'false neutral' ketika menukar gear sebelum ini).
- Beberapa komponen enjin 'diringankan'. Enjin baharu kali ini ini lebih ringan 2.2kg.
- Jarak servis dilanjutkan kepada setiap 15,000km.
- Pemeriksaan dan pelarasan injap (Desmo) setiap 30,000km.
- Sistem brek depan menggunakan dua kaliper Brembo monoblok 4-piston dengan dwi-cakera 320mm, manakala brek belakang kaliper tunggal Brembo dengan cakera 265mm.
- Dilengkapkan sistem ABS Belokan (ABS Cornering) 3-tahap yang mendapat data daripada unit unjuran inersia (IMU) 6-paksi Bosch, dan kawalan traksi Ducati Traction Control 8-tahap.
BACA >>> Ducati Scrambler Nightshift Lancar di Malaysia, Harga RM65.9k!
- Ada empat mod tunggangan: Sport, Touring, Urban dan Enduro.
- Ada kawalan pegun Vehicle Hold Control (VHC) untuk membantu penunggang berhenti di jalan cerun atau berbukit.
- Ada lampu signal belok padam sendiri.
- Ada sistem lampu brek Ducati Brake Light yang berkelip apabila berhenti mengejut sebagai amaran kecemasan kepada pengguna lain.
- Lampu jenis LED penuh.
- Tinggi pelana 830mm.
Ciri. Multistrada V2 S (yang tiada V2 Standard):
- Ada suspensi semi-aktif elektronik Skyhook Evo.
- Ada sistem Ducati Quick Shift untuk menukar gear tanpa perlu menarik tuil klac.
- Lampu depan dilengkapkan sistem Ducati Cornering Lights, suluhan lampu akan menyuluh mengikut hala belokan.
- Panel meter TFT 5-inci berwarna.
- Kawalan jelajah (cruise control).
- Suis hendal iluminasi (backlit switchgear).
- Berat kering 202kg, lebih berat daripada Multistrada V2 Standard, (199kg).
Harga
Harga-harga di Amerika Syarikat untuk Multistrada V2 Standard ialah AS$15,295 (RM63,800), manakala varian Multistrada V2 S pula ialah AS$17,895 (RM74,650). Acara World Ducati Premiere masih berlangsung dan Ducati akan memperkenalkan lagi beberapa model baharu.
BACA >>> #Spyshot: Ducati Bangunkan Streetfighter V2 yang Lebih Murah?
Leave a Reply