• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Cukai Jalan Motosikal Kini Boleh Diperbaharui di Puspakom

Cukai Jalan Motosikal Kini Boleh Diperbaharui di Puspakom

October 1, 2021 By Aryon Leave a Comment

112
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENUNGGANG motosikal bermula hari ini, 1 Oktober 2021 sudah boleh memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) masing-masing di semua 39 Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) seluruh negara.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kenyataan akhbar berkata, sejak tahun lalu, inisiatif pembaharuan LKM (juga dipanggil road tax) mula dilaksanakan kepada kenderaan bermotor persendirian melibatkan kenderaan barangan dengan berat 7,500kg ke bawah.

Bagaimanapun bermula 1 September lalu, inisiatif sama diperluas kepada kenderaan bermotor persendirian (kecuali kenderaan e-hailing).

Inisiatif terbaharu itu diharapkan dapat memenuhi permintaan dan jangkaan pelanggan yang memerlukan perkhidmatan lebih efisien, cepat dan cekap. Ini termasuk kemudahan alternatif selain saluran perkhidmatan sedia ada seperti kaunter/kiosk JPJ, Pos Malaysia, MyEG dan Portal mySIKAP JPJ.

Justeru orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Puspakom 03-51017000.

Pertanyaan juga boleh disalurkan menerusi e-mel [email protected], mesej peribadi di Facebook rasmi PUSPAKOM Sdn Bhd atau Live Chat melalui laman web www.puspakom.com.my.

SUMBER: Utusan

Related

112
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lesen Kenderaan Motor (LKM), Lesen Motosikal, Perbaharui Lesen Motosikal, PUSPAKOM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev