YAMAHA baru saja mendedahkan harga model sportbike baharu YZF-R7, iaitu £8,200 (RM46,174), termasuk cukai dan akan mula berada di pasaran bermula November tahun ini.
YZF-R7 edisi aniversari MotoGP ke-60 pula akan dijual pada harga £8,500 (RM47,850) yang mana tarikh pelancaran akan dimaklumkan kemudian.
BACA >>> Yamaha YZF-R15 V4 dan R15 M (2022) Lancar Di India, Harga Mula RM9.5k!
BACA >>> Yamaha Umum 4 Model Sportbike World GP 60th Anniversary Edition
Juga ditunjukkan deposit yang perlu dibayar untuk memiliki sportbike middleweight itu, berjumlah £2,083 (RM11,720) dengan ansuran bulan £94 (RM530) selama 36 bulan dengan bayaran akhir £3,757.50 (RM21,145) sebagai jaminan pembelian motosikal tersebut. Kadar faedah dinyatakan ialah 3.55 peratus, manakala kadar APR (kadar peratusan tahunan), 6.9 peratus
Berapakah agaknya YZF-R7 jika menjengah pasaran Malaysia nanti. Semestinya ramai peminat Yamaha teruja menantikan model serba baharu itu.
BACA >>> Siri R yang Paling Ramping, Yamaha YZF-R7 (2022) Diperkenal!
BACA >>> Bocor Foto Yamaha YZF-R7 (2021) dengan Rekabentuk Lain daripada Lain
Leave a Reply