Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»RNF MotoGP Racing Bukan ‘Razlan and Friends’, Tapi….
Auto Terkini

RNF MotoGP Racing Bukan ‘Razlan and Friends’, Tapi….

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/09/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERMULA musim depan, pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT) yang diketuai prinsipal, Datuk Razlan Razali dijenamakan semula menjadi RNF MotoGP Racing selepas penaja utamanya, Petronas memutuskan menamatkan kerjasama, Ogos lalu.

Penggunaan nama RNF menjadi perbualan kalangan netizen dan peminat permotoran tempatan hingga ada mendakwa RNF bermaksud ‘Razlan and Friends’ (Razlan dan Rakan-Rakan).

Namun, Datuk Razlan Razali menjawab persoalan itu dengan mendedahkan RNF diambil sempena nama tiga anaknya sebagai penghormatan kepada keluarganya.

Umum mengetahui mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Sepang (SIC) itu sering me­ninggalkan keluarga untuk ke luar negara dalam usaha mengharumkan nama Malaysia dalam arena Kejuaraan Dunia MotoGP.

BACA >>> SRT kini Jadi RNF MotoGP Racing, Akan Bersaing dalam MotoGP Hingga 2026

Razlan berkata;

Apa maksud RNF? Ini satu penghormatan kepada keluarga dan anak-anak saya. Semua tahu, bila kita bekerja di MotoGP, kita banyak bergerak dan tiada di rumah.

“Satu pengorbanan besar sebagai ayah kepada keluarga dan saya fikir ini masa yang sesuai untuk saya memberi penghormatan kepada anak-anak saya dengan menggunakan huruf nama mereka sebagai nama pasukan tahun depan.”

Razlan berkata demikian dalam satu hantaran video kelmarin. RNF Racing MotoGP akan berlumba sebagai pasukan independen dalam kelas premier MotoGP bermula musim 2022 hingga 2026.

Pelumba tahun depan seperti yang diumumkan Yamaha, iaitu Andrea Dovizioso, manakala pelumba kedua masih dalam perbincangan.

“Dalam tempoh sebulan lagi, saya akan umumkan rakan penaja utama baharu dan juga rakan lain yang akan menyertai saya musim depan.

“Insya-Allah pada pusingan di Misano kedua (24 Oktober) nanti, kami akan membuat pengumuman itu,” katanya.

BACA >>> Dovizioso Sah Lumba untuk Petronas Yamaha SRT di Misano, Pelumba Tetap Musim Depan
BACA >>> Petronas SRT Pilih Adam Norrodin Ganti Dixon untuk Aksi Moto2 di Britain
BACA >>> SRT Jadi Pasukan Bebas MotoGP 2022!
BACA >>> PETRONAS sah tamatkan kerjsama dengan SRT dalam MotoGP

SUMBER: Utusan

Auto Terkini Datuk Razlan Razali Kejuaraan Dunia MotoGP MotoGP Petronas Petronas Sepang Racing Team (SRT) Razlan Razali RNF Racing MotoGP Team
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

JPJ Bakal Guna Dron Teknologi Tinggi Dalam Ops Hari Raya Aidilfitri

10/03/2026
Anwar Inbrahim, PM Malaysia
Auto Terkini

Kerajaan Usaha Kekalkan Harga RON95 RM1.99 Seliter

10/03/2026
Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.