WAKIL pengedar kenderaan Honda di Indonesia, Honda Prospect Motor baru saja melancarkan crossover 7-kerusi, BR-V (2022) serba baharu dengan rekabentuk diperbaharu berserta ciri lebih canggih.
BR-V (2022) serba baharu menampilkan rekabentuk serba baharu yang dapat dikesan menerusi gril dan rim baharu. Model ini juga disertakan kunci pintar dengan ciri kawalan jauh untuk menghidupkan enjin, termasuk penyaman udara, dan juga dilengkapkan ciri moden seperti kamera Honda LaneWatch dan Honda SENSING.
Berikut spesfikasi BR-V (2022) serba baharu:
- Ada empat varian:
- BR-V S MT
- BR-V E CVT/MT
- BR-V Prestige CVT
- BR-V Prestige CVT dengan Honda SENSING
- Menampilkan lampu LED penuh untuk lampu utama, lampu belakang kombi dan lampu siang (DRL).
- Rim 17 inci rekaan baharu.
- Ada perehat lengan untuk penumpang baris pertama dan kedua.
- Unit infotainment 7 inci dengan ciri konektiviti telefon pintar (Smartphone Connection) dan akses telefon bebas tangan (hands-free telephone).
- Kluster instrumen TFT digital 4.2 inci dengan paparan multi-info.
- Ada lapan pemegang botol air, dan soket kuasa 12V untuk setiap baris penumpang.
- Tempat duduk baris ketiga boleh dilipiat 50:50.
- Memiliki jarak lega bumi tinggi, 220mm.
- Ada ciri kunci Remote Engine Start yang boleh menghidupkan enjin dan penyaman udara secara kawalan jauh.
- Ada kunci automatik Walk-Away Auto Lock. Pintu kereta akan terkunci sendiri apabila pemandu meninggalkan kenderaan dari jarak 2 meter.
- Kamera Honda LaneWatch membantu pemandu mengesan kehadiran kenderaan atau sebarang objek di kawasan titik buta.
- Sistem kunci pintar Smart Entry System memudahkan pemandu mengakses kenderaan tanpa perlu memasukkan slot kunci.
- Antara ciri keselamatan Honda SENSING (kali pertama untuk model ini, untuk varian paling premium sahaja) dibekalkan ialah:
- Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
- Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
- Sistem Brek Mitigasi Rempuhan (CMBS)
- Mitigasi Lencong Jalan (RDM)
- Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)
- Notifikasi Kereta Depan Gerak (LCDN)
- Ciri keselamatan standard dilengkapi 4 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Daki (HSA), pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX, tali keledar prategang dengan pengehad beban, imobiliser
- Cermin sisi boleh lipat automatik dan disepadukan bersama signal belok LED. Cermin sisi juga dilipat automatik apabila kenderaan dikunci.
- Dijana enjin 1.5 DOHC i-VTEC berkuasa 119hp (121ps) @ 6,600rpm dan tork 145Nm @ 4,300rpm, dengan transmisi automatik CVT, sama seperti trenkuasa City. Menurut Honda, output kuasa BR-V (2022) adalah paling berkuasa dalam kelasnya.
- Ada lima pilihan warna: Premium Opal White Pearl (putih mutiara), Crystal Black Pearl (hitam), Modern Steel Metallic (kelabu), Lunar Silver Metallic (perak), Tafela White (putih).
BACA >>> #PanduUji: Honda City (2020) Varian V, Masihkah Sedan Segmen-B Terbaik?
BACA >>> Honda BR-V (2020) Facelift Kini di Pusat Jualan, Harga Mula RM89k
Leave a Reply