• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Hyundai Lancar Staria Load, Van Kargo Gaya SUV Futuristik, 7 Beg Udara

Hyundai Lancar Staria Load, Van Kargo Gaya SUV Futuristik, 7 Beg Udara

September 22, 2021 By Shawkath Leave a Comment

245
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEMASA debut pertama Hyundai Staria, kenderaan itu nampak lebih futuristik dan moden berbanding model kenderaan pelbagai guna (MPV) Grand Starex.  Bagaimanapun, Hyundai membuat kejutan apabila menawarkan kenderaan bergaya itu dalam versi van kargo yang dinamakan sebagai Hyundai Staria Load. Model itu kini ditawarkan di Australia.

Ada dua konfigurasi dalaman iaitu dua tempat duduk Staria Load Van atau lima tempat duduk Staria Load Crew Van. Tawaran warna juga dua iaitu Shimmering Silver (perak) dan Creamy White (kelabu). Harga permulaa Staria Load Van ialah  A$45,740 (RM138,757) dan Staria Load Crew Van A$48,240 (RM146,340).

BACA >>> Ford Lancar Fiesta (2022) Facelift, Ada Varian Van dan ST yang Berprestasi Tinggi

Hyundai-Staria-Load-10
Hyundai-Staria-Load-11

Staria Load adalah minivan pengganti kepada model Hyundai iLoad. Model iLoad direka berasaskan van Grand Starex manakala Staria Load pula menggunakan platform kenderaan berpenumpang N3 seperti model Santa Fe 2021.

Platform itu adalah lebih ringan dan memiliki ketegaran tinggi, dipasang gandar belakang solid dan suspensi leaf spring untuk membolehkannya mengangkut muatan berat.

BACA >>> Varian Baharu Hyundai Elantra Executive (2021) Kini di Malaysia, Harga RM139,888

Hyundai-Staria-Load-7
Hyundai-Staria-Load-6

Staria Load menggunakan enjin diesel turbo 4-silinder sebaris 2.2 liter, menghasilkan kuasa 171hp dan tork 430Nm. Sistem transmisi digunakan ialah automatik 8-kelajuan. Tiada transmisi manual ditawarkan.

Staria Load menggunakan panel logam bagi menggantikan cermin tingkap dan ruang dalaman tidak dipasang barisan kerusi belakang. Ruang kargo adalah seluas 4,935 liter.

Hyundai-Staria-Load-4
Hyundai-Staria-Load-5

Ciri itu membolehkan minivan itu mengangkut barang panjang seperti perabot atau sejumlah kotak simpanan tanpa masalah. Hyundai mendakwa Staria Load boleh membawa muatan 1,090kg.

Walaupun berstatus van, Staria Load menawarkan ruang pemandu yang agak impresif termasuk skrin infotainmen dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, ada pad pengecas wayarless, panel instrumen digital, penyaman udara, kamera undur, tujuh beg udara dan sensor parkir serta sambungan pengecas USB.

BACA >>> Toyota Yaris ECOVAN - Hatchback Jadi Van Kargo di Sepanyol
BACA >>> #ApaNakBuat: Cara DIY Tukar Minyak Enjin Motosikal dengan Betul
BACA >>> Kajian: Penat Kerja Punca Banyak Kematian Jalan Raya Berbanding Memandu Bahaya?

Hyundai-Staria-Load-1
Hyundai-Staria-Load-2
Hyundai-Staria-Load-7
Hyundai-Staria-Load-8
Hyundai-Staria-Load-6
Hyundai-Staria-Load-5
Hyundai-Staria-Load-4

SUMBER: Auto Industriya | Hyundai

Related

245
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hyundai, Hyundai iLoad, HYUNDAI staria, Roda4, Staria Load Crew, Staria Load Van, Van

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev