• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bilionair India Bida Nombor Plat RM37 Juta Kerana Terhutang Budi Dengan Dubai

Bilionair India Bida Nombor Plat RM37 Juta Kerana Terhutang Budi Dengan Dubai

November 4, 2016 By Han Othman 1 Comment

215
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG ahli perniagaan India yang menetap di Dubai sanggup membayar sejumlah AS$9 juta (RM37 juta) untuk nombor plat digit tunggal bagi kereta Rolls-Royce miliknya. Menurut akhbar Britain, Independent, bilionair hartanah kelahiran India, Balwinder Sahani memenangi sesi bidaan Kerajaan untuk nombor plat D5 pada Sabtu lalu, 29 Oktober.

Sebenarnya, itu bukan kali pertama Balwinder memenangi bidaan nombor plat digit tunggal. Pada sesi bidaan tahun lalu, bilionair tersebut berjaya membida nombor plat O9 bernilai A$7 juta (RM29 juta) untuk model Rolls-Royce yang lain. Selain itu, beliau turut membida nombor plat tanpa nama pada harga AS$272,000 (RM1.14 juta) pada sesi  bidaan Sabtu itu.

MAHU BUAT KEBAJIKAN DAN BALAS BUDI

#Dubai D5 number plate sold to Balwinder Sahani for Dh33 million at car plate auction in #UAE @7DAYSUAE pic.twitter.com/58pNxkL68A

— Shoshana Kedem (@B_shosh) October 8, 2016

This guy was so happy after winning at an auction for license plates. It cost 33million dirhams..... And he was happy with the win. pic.twitter.com/rD1IyATV5c

— 104.8 Channel 4 (@channel4dubai) October 9, 2016

Balwinder menganggap wang yang dibelanjakan untuk mengumpul nombor-nombor plat itu adalah sebagai salah satu bentuk kebajikan dan khidmat awam daripada beliau. Di Dubai, pemandu tidak perlu membayar cukai jalan. Justeru, ramai pemandu di sana menghabiskan wang dengan membida nombor plat berstatus elit yang dilelong pihak berkuasa pengangkutan dan jalan raya Dubai - sama seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Malaysia.

"Saya percaya tentang memulangkan semula. Bandar ini memberikan saya banyak benda,"

  • Balwinder Sahini

Nombot plat digit tunggal mendapat permintaan tinggi di Dubai yang dilihat sebagai simbol status di kalangan golongan kaya dan berkuasa di Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Semakin kurang nombor, semakin mahal sesebuah nombor plat dibida. Pada 2008, ahli perniagaan, Saeed Al Khouri di Dubai mencatatkan rekod AS$14 juta (RM58 juta) untuk nombor plat digit 1.

Situasi membida nombor plat sudah menjadi perkara biasa di UAE. Malah, sesi bidaan turut membabitkan pelbagai benda selain nombor plat. Misalnya, pada awal tahun ini, tayar bersalut emas dan berlian dijual pada harga AS$600,000 (RM2.5 juta), sekali gus diiktiraf Guinness World Records sebagai Tayar Paling Mahal di Dunia.

SUMBER: Independent.co.uk

Related

215
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, bida nombor plat, Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), nombor plat

Comments

  1. SAIFUL says

    December 19, 2017 at 10:40 AM

    AHL1008

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev