• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Risiko Runtuh Jalan Simpang Pulai-Cameron Sudah Dikesan Lama, JKR Lambat Bertindak?

Risiko Runtuh Jalan Simpang Pulai-Cameron Sudah Dikesan Lama, JKR Lambat Bertindak?

September 19, 2021 By Wahid Leave a Comment

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KM 43.9 di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands adalah antara tempat paling popular kepada mereka yang mengunjungi tempat peranginan di tanah tinggi tersebut dengan memberikan permandangan bukit-bukau serba indah. Di sinilah ramai konvoi bermotosikal berhenti untuk sesi bergambar.

Namun ramai menyedari tanah cerun di bawah sebahagian jalan itu sudah terhakis teruk dan berisiko berlaku tanah runtuh. Berita berkenaan sudah tular sejak 3-4 tahun lalu.

BACA >>> Orang Perak Boleh Konvoi, Tapi Kena Mohon MKN, Polis

Akhirnya ia benar-benar berlaku apabila sebahagian jalan itu runtuh, kelmarin pada jam kira-kira jam 5.45 petang. Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kinta berkata, terdapat kerosakan sepanjang 30 meter dengan lebar 5 meter yang memaksa laluan di situ. ditutup semalam, bermula jam 9 malam.

Pagi semalam, JKR Perak menyatakan Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM130 juta bagi membaik pulih cerun tersebut.

simpang-pulai-cameron-hghlands-runtuh-11
simpang-pulai-cameron-hghlands-runtuh-8

Menurut JKR Perak, mereka memang merancang menambah baik cerun tersebut, cuma insiden tidak dijangka itu berlaku terlalu awal disebabkan faktor persekitaran seperti hujan dan sebagainya.

JKR sedang berada dalam peringkat merekabentuk dan rundingan terperinci dengan kontraktor bagi menjalankan kerja berkenaan, dan sijil setuju terima dijadualkan diberikan kepada kontraktor terbabit pada pertengahan Disember akan datang, manakala pembinaan mengambil tempoh tiga tahun hingga Disember 2024 bagi mengukuhkan kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, ramai netizen mempersoalkan kelewatan tindakan kerana kesan tanah runtuh di situ sudah dikesan lama. Adakah JKR bertindak terlalu lambat, atau tanah runtuh itu berlaku terlalu awal?

BACA >>> AIA Family Drive: Pelan Insurans Kenderaan dengan Diskaun, Perlindungan Keluarga
BACA >>> #ApaNakBuat: Tak Puas Hati Jiran Parkir Depan Rumah? Ambil Tindakan Undang-Undang Ini!

simpang-pulai-cameron-hghlands-runtuh-2
simpang-pulai-cameron-hghlands-runtuh-3
simpang-pulai-cameron-hghlands-runtuh-4
simpang-pulai-cameron-hghlands-runtuh-5
simpang-pulai-cameron-hghlands-runtuh-6
simpang-pulai-cameron-hghlands-runtuh-7
simpang-pulai-cameron-hghlands-runtuh-8
simpang-pulai-cameron-hghlands-runtuh-9
simpang-pulai-cameron-hghlands-runtuh-10
simpang-pulai-cameron-hghlands-runtuh-11

Related

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bencana Alam, Jalan Simpang Pulau-Cameron Highlands, JKR Perak, kemalangan, Tanah Runtuh

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev