• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / TVS Lancar Raider 125 (2021), Ada 2 Varian, Harga Mula RM4.4k!

TVS Lancar Raider 125 (2021), Ada 2 Varian, Harga Mula RM4.4k!

September 17, 2021 By Shawkath 1 Comment

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

TVS Motor Company mengumumkan ketibaan motosikal premium terbaharu dalam kelas 125cc iaitu Raider, harga jualan bermula serendah 77,500 rupee (RM4,400).

Motosikal yang ditawarkan dengan dua varian, versi Standard dan Connected serta empat pilihan warna iaitu Striking Red (merah), Blazing Blue (biru), Wicked Black (hitam) dan Fiery Yellow (kuning).

BACA >>> Suzuki Raider R150 (2021) Filipina Kini Ada Ciri Lampu Automatik
BACA >>> Suzuki Raider R150 Special Edition (2021) Lancar di Vietnam, Harga RM8.9k!

TVS Raider 125 (2021) - 2
TVS Raider 125 (2021) - 6

Berikut ialah perincian mengenai TVS Raider 125 (2021):

  • Trenkuasa jenis 4-lejang silinder tunggal 124.8cc dengan sistem penyejukan udara, menghasilkan kuasa 11.2hp @ 7,500rpm dan tork 11.2Nm pada 6,000rpm.
  • TVS Motor Company mendakwa satu liter minyak petrol mampu mencapai jarak sejauh 67km. Raider ada dua mode tunggangan iaitu Eco dan Power. Tambahan lain ialah fungsi sistem Henti Mula dan Lahu.

BACA >>> Jualan Motosikal Indonesia Merosot Teruk Sepanjang 2020, Cuma TVS Motor Buat Untung

TVS Raider 125 (2021) - 14
TVS Raider 125 (2021) - 1
  • Ada logo tiga dimensi (3D) TVS pada tangki minyak dengan logo Raider pada panel sisi motosikal. Kedua-dua varian berkongsi desain sama. 
  • TVS Raider dilengkapi sistem lampu LED penuh membabitkan lampu utama, lampu brek dan lampu siang (DRL).
  • Dipasang kowl sama warna dengan badan motosikal dan hadir dengan pelana jenis terpisah beserta bar pemegang aluminium.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Mod Eco Berfungsi? Apakah Kesan Terhadap Kenderaan?

TVS Raider 125 (2021) - 4
TVS Raider 125 (2021) - 5
  • Varian Connected ada skrin paparan 5 inci TFT berwarna dan tambahan fungsi modul Bluetooth dengan sistem TVS SmartXConnect. Ia membolehkan penunggang membuat sambungan dan menggunakan akses navigasi, menjawab panggilan telefon dan notifikasi mesej.
  • Model standard pula hadir dengan skrin LCD. Kedua-dua skrin memaparkan pelbagai maklumat tunggangan termasuk indikator gear, mode tunggangan, perakam kelajuan, penggunaan bahan api ekonomi dan jarak.
TVS Raider 125 (2021) - 16
TVS Raider 125 (2021) - 13
  • Sistem suspensi membabitkan fork teleskopik 30mm (depan) dan penyerap hentak tunggal boleh laras di belakang. 
  • Sistem henti pula jenis brek cakera tunggal 240mm pada roda depan dan brek dram 130mm pada roda belakang. Ada sambungan Sistem Brek Kombi (CBS).
  • Motosikal street seberat 123kg itu dipasang tangki minyak 10 liter.

BACA >>> JPJ Jamin Rakan Strategik Ada Stok Lesen Memandu, Cukai Jalan Sampai Hujung Tahun
BACA >>> 5 Tip Elak Motosikal Kena Curi yang Mesti Mat Motor Buat!
BACA >>> #ApaNakBuat: Nak Simpan Kereta Jangka Masa Lama? Ikut 10 Tip Ini

TVS Raider 125 (2021) - 8
TVS Raider 125 (2021) - 10

SUMBER: BikeWale

Related

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 125cc, Raider 125 India, roda2, TVS Raider 125 (2021)

Comments

  1. Muhammad Faiq bin Hashim says

    November 3, 2021 at 2:45 PM

    Where location want buy

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev