• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Haojue XCR300 - Motosikal Naked Dwi-Ekzos Guna Enjin Suzuki?

Haojue XCR300 - Motosikal Naked Dwi-Ekzos Guna Enjin Suzuki?

September 16, 2021 By Shawkath Leave a Comment

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PENGELUAR motosikal China, Haojue membuat kejutan apabila memperkenalkan model motosikal naked, Haojue XCR300 walaupun dokumen paten pernah bocor kira-kira dua tahun lalu.

Motosikal itu dikatakan ada berkait rapat dengan Suzuki. Ini disebabkan Haojue ialah rakan niaga Suzuki dan terlibat dalam aktivit pengeluaran motosikal jenama Jepun itu, selain produk sendiri.

BACA >>> Haojue Patenkan Rekabentuk Model Naked - HJ300, Jadi Bayangan Suzuki GSX-S300?

Haojue menghasilkan barisan model motosikal untuk pasaran domestik serta dieksport ke beberapa negara lain. Kolaborasi dan kerjasama Haojue-Suzuki agak menarik khususnya perkongsian dan pertukaran teknologi:

  • Trenkuasa GW250 yang digunakan sportbike Suzuki GSX-250R dijadikan platform asas untuk enjin  Haojue DR250 dan DR300.
  • Enjin Haojue pernah digunakan atau dijenamakan semula Suzuki, contohnya Haojue NK150 menjadi Suzuki DR150.

Haojue semakin aktif meluaskan rangkaian produk 250cc dan 300cc, selain model DR300 dan DR250. Antaranya, model cruiser  Haojue TR300 dan kini, XCR300.

BACA >>> Imej Haojue HJ300 @ Suzuki GSX-300 Versi Pengeluaran Bocor di China

Haojue XCR300 ada keistimewaan sendiri terutamanya sistem dwi-ekzos, di kiri dan kanan motosikal. Desain itu mungkin dibuat untuk memberi petunjuk penggunaan trenkuasa dwi-silinder.

Trenkuasa Haojue XCR300 ialah 4-lejang 2-silinder SOHC 298cc dengan sistem penyejukan cecair, menghasilkan kuasa 28.8hp @ 8,500rpm dan tork 27.8Nm pada 6,500rpm.

Selain itu, XCR300 juga menggunakan rekabentuk lampu utama berkembar LED. Lampu signal membelok dan brek juga LED.

Bar hendal nampak tinggi dan pelana pula diposisikan lebih rendah, dengan ketinggian 785mm. Komponen lain ialah fork terbalik (USD) KYB berwarna emas.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Perbezaan Fork Teleskopik dan Terbalik (USD)?

Sistem brek ialah cakera tunggal 290mm (depan) dan 240mm (belakang) dengan teknologi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Bosch generasi ke-10.

Motosikal seberat 179kg itu dipasang tangki minyak 16 liter menggunakan rim 17 inci dengan tayar saiz 110/70 (depan) dan 140/70 (belakang). Tayar digunakan ialah Pirelli Diablo Rosso III.

Pilihan warna ada lima ialah Starlight Black (hitam), Glacier White (putih), Diamond Leopard Red (merah), Windsor Blue (biru), Sea God Blue (biru). Harga anggaran? Mungkin 30,000 yuan (RM19,395).

BACA >>> Suzuki Gixxer 155 Lancar di China dengan Nama Gixxer NK
BACA >>> Aprilia GPR250R (2022) Lancar di China, Harga RM17.2k!
BACA >>> Aprilia Tuono 250 ABS (2022) Bakal Lancar Di China, Kelajuan Maksimum 128kmj
BACA >>> Benelli Tornado 252R ABS (2021) Lancar Di China, Harga Cuma RM16k!

SUMBER: WarungSep | Inf

Related

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Changzhou Haojue Suzuki Motorcycle Co Ltd, Haojue Motorcycles, Haojue XCR300, Naked 300cc, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my