• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Benelli Tornado 252R ABS (2021) Lancar Di China, Harga Cuma RM16k!

Benelli Tornado 252R ABS (2021) Lancar Di China, Harga Cuma RM16k!

September 15, 2021 By Shawkath 3 Comments

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

BENELLI sudah melancarkan varian sportbike suku liter baharu yang dipanggil Tornado 252R di China, berharga 25,800 yuan (RM16,671).

Motosikal fairing penuh kategori 250cc itu nampak seakan sama seperti model 302R tetapi menggunakan trenkuasa yang lebih kecil. Berikut ialah perinciannya:

BACA >>> Benelli Tornado 252R Bakal Lancar Luar China, Malaysia dalam Radar?

Benelli Tornado 252R -22
Benelli Tornado 252R -18
  • Tornado 252R mengekalkan beberapa gaya rekabentuk model 302R yang dihentikan pengeluaran di India sejak beberapa tahun lalu.
  • Desain bahagian depan 252R adalah serba baharu dengan bentuk lampu utama bentuk bujur seperti gaya model MV Agusta.

BACA >>> MV Agusta Bakal Lancar Brutale 1000 RS (2022), Sepantas 300kmj

Benelli Tornado 252R -12
Benelli Tornado 252R -1
  • Ada skup udara pada kedua-dua sisi lampu utama dengan tambahan lampu siang (DRL) di bawahnya. Motosikal itu menggunakan lampu LED penuh.
  • Motosikal itu menggunakan fairing berbucu-bucu beserta tangki minyak yang kelihatan sarat dengan garisan tajam. Ekor belakang pula nampak lebih panjang dan mirip model 302R. 

BACA >>> Dayun Chi 302 - Naked Bike China Tiru Gaya Kawasaki Z1000?

Benelli Tornado 252R -13
Benelli Tornado 252R -15
  • Dipacu trenkuasa dwi-silinder sebaris DOHC 249cc dengan sistem penyejukan cecair, menghasilkan kuasa 25.6hp @ 8,500rpm dan tork 24.1Nm @ 6,500rpm. Sistem transmisi ialah klac manual 6-kelajuan dengan teknologi Anti-Gelincir (slipper clutch).

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Perbezaan Fork Teleskopik dan Terbalik (USD)?

Benelli Tornado 252R -23
Benelli Tornado 252R -10
  • Tornado 252R hadir dengan rim aloi 17 inci dengan profil tayar 110/70 (depan) dan 140/70 (belakang).
  • Sistem suspensi membabitkan fork terbalik (USD) 37mm serta penyerap hentak tunggal untuk bahagian belakang (boleh laras).

BACA >>> #TahukahAnda: Mengapa Ada Lubang Pada Rim Aloi?

Benelli Tornado 252R -14
Benelli Tornado 252R -24
  • Sistem henti membabitkan brek cakera tunggal pada kedua-dua roda dengan teknologi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwisaluran.
  • Menggunakan bar hendal aluminium dan instrumen meter digital penuh. Tangki minyak adalah sebesar 14 liter.
  • Ketinggian pelana ialah 785mm dan motosikal itu adalah seberat 177kg.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapakah Kelajuan dan Bacaan Spidometer Moped Kerap Berbeza?
BACA >>> #TahukahAnda: 3 Punca Klac Manual Cepat Rosak, Tetapi Pemandu Jarang Perasan
BACA >>> Apakah Perbezaan Quick Shifter dan Klac Auto Kapcai Seperti Honda EX-5?

Benelli Tornado 252R -0
Benelli Tornado 252R -6
Benelli Tornado 252R -4
Benelli Tornado 252R -9
Benelli Tornado 252R -2
Benelli-252R-img3
Benelli Tornado 252R -21
Benelli Tornado 252R -20
Benelli Tornado 252R -19
Benelli Tornado 252R -11
Benelli Tornado 252R -8
Benelli Tornado 252R -7
Benelli Tornado 252R -5
Benelli Tornado 252R -3
Benelli Tornado 252R -17
Benelli Tornado 252R -15

SUMBER: Daqishang | BikeWale

Related

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: benelli 302r, Benelli Tornado 252R ABS (2021), Motosikal Benelli 250cc, roda2, Sportbike China 250cc, Tornado 252R

Comments

  1. Jan says

    September 17, 2021 at 1:41 PM

    Power tak besar, dan berat. Kalau dapat performance sama dengan r15 pun ok lah

    Reply
  2. SHAFIZEE SAFIE says

    December 13, 2021 at 11:15 PM

    harap model tornado 252r ni masuk malaysia....
    lawa kaw2 ngam2 sui...harga pulak berbaloi sangat...2piston lagi....mmg Benelli bunyi pun selalu je padu...xsama dgn brand lain...

    Reply
  3. toyol says

    February 23, 2022 at 12:20 AM

    sebab dia based on 302 punya model so crank 360 darjah, bukan macam r25, cbr 250 dan ninja 250 yang masing masing crank 180 darjah

    lagi satu r15 bukan saingan dia lah

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev