HONDA dikatakan sedang bersiap sedia untuk melancarkan sebuah motosikal adventure-rali baharu iaitu CRF190L Rally (2022) ke pasaran China dalam masa terdekat. Harganya dikatakan 17,389 yuan (RM11,170)
Sekeping foto tular menunjukkan Honda CRF190L Rally dibina dengan meminjam inspirasi daripada model Honda Africa Twin dan menerima skim warna tricolor iaitu merah, biru dan putih. Berikut ialah perinciannya:
BACA >>> Honda Africa Twin Akan Ada Ciri Kawalan Jelajah
BACA >>> Honda Transalp Muncul Kembali, Bakal Jadi Africa Twin Mini?
- Trenkuasa dipercayai jenis silinder tunggal SOHC 184cc dengan sistem penyejukan udara, menghasilkan kuasa 11.4hp @ 8,000rpm dan tork 15.7Nm pada 6,000 rpm. Enjin itu dikatakan sama seperti model CB190X.
- Kelajuan maksimum dianggarkan 108kmj. Ada empat warna pilihan.
- Rekabentuk akhir berbeza tidak jauh berbeza dengan foto acah yang pernah tular sebelum ini. Bagaimanapun, CRF190L nampak ada perbezaan ketara dengan CBF190X di China.
BACA >>> Honda CBF190TR SE (2021) - Roadster Neo Retro Baharu Lancar di China, Harga RM11k!
- Tidak mempunyai paruh atau panel tajam di bahagian hadapan seperti CBF190X. Gaya model motosikal baharu ini lebih bersifat gaya rali.
- Ada visor angin tinggi dengan lampu utama jenis memanjang (menegak) dan lampu signal membeloh terpisah. Tiada gard tangan dipasang.
- Desain hadapan, bahagian pelana dan belakang dikatakan mirip Honda Africa Twin. Pelana jenis tunggal untuk pembonceng dan penunggang.
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Visor Iridium Pada Helmet?
- Ada bar pelindung bahagian hadapan dan rak bersama beg sisi. Komponen itu dipercayai aksesori tambahan yang akan ditawarkan kepada pembeli.
- Rim digunakan jenis spoked dan tayar untuk tunggangan dwi-permukaan.
- Komponen fork depan bukannya jenis terbaik (USD) tetapi kekal konvensional. Langkah itu dipercayai berkait strategi penjimatan kos. Sistem monoshock digunakan pada bahagian belakang.
- Menggunakan meter LCD digital penuh.
- Ada teknologi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) satu saluran pada roda depan. Berat motosikal dianggarkan 150kg.
BACA >>> #ApaNakBuat: Nak Tayar Kereta Kekal Tip-Top? Ikut Tip Mudah Ini
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Suspensi Strut MacPherson yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> Tidak Boleh Lagi Berbasikal di Lebuh Raya, Kecuali...
BACA >>> #RetroAuto: Lebuh Raya Tol Pertama Malaysia Mula di Slim River, Bukan KL
Leave a Reply