• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bagnaia Halang Marquez Jadi Juara GP Sepanyol, Mir Pungut Mata Berharga

Bagnaia Halang Marquez Jadi Juara GP Sepanyol, Mir Pungut Mata Berharga

September 13, 2021 By Han Othman Leave a Comment

290
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PELUMBA Itali, Francesco Bagnaia kembali menyinar di GP Sepanyol, semalam apabila menghadiahkan kejuaraan buat pasukan Ducati Team di GP Aragon.

Perlumbaan semalam turut menyaksikan juara dunia lapan kali, Marc Marquez meraih tempat kedua, yangn juga podium kedua buat dirinya musim ini selepas menjadi juara di GP Jerman.

bagnaia-vs-marquez
marquez-bagnaia-sepanyol

Bagnaia bermula cantik dari petak mula dengan diiringi rakan pasukan Jack Miller sambil dicabar Marquez yang mencari kemenangan kelima berturut-turut di Aragon selepas terlepas peluang melakukannya pada 2020 akibat berehat cedera. Marquez dilihat membayangi Bagnaia pusingan demi pusingan sebelum melancarkan serangan di Turn 5 apabila berbaki tiga lagi pusingan.

BACA >>> Marquez Masih 'Raja Sachsenring' Juara 11 Tahun Berturut-Turut!

Bagaimanapun, Bagnaia tenang menyingkirkan Marquez untuk mendapatkan kelebihan di litar yang terkenal dengan banyak belokan kiri itu. Pelumba Sepanyol itu mencuba lagi di Turn 12 tetapi kemengan lebih memikhak kepada Bagnaia.

Pelumba Suzuki, Joan Mir pula mengambil kesempatan daripada kesilapan dilakukan Miller yang membolehkan dia dan Aleix Espargaro (Aprilia Gresini) memintasnya di tempat ketiga dan keempat. Pelumba lain yang memenuhi kuota 10 terbaik di Aragon ialah Miller (5), Enea Bastianini (6), Brad Binder (7), Fabio Quartararo (8), Jorge Martin (9) dan Takaaki Nakagami (10).

Pelumba baharu Aprilia, Maverick Vinales pula sekadar menamatkan saingan di tepmat ke-18, dua tempat di atas kedudukan paling corot yang didudukan Valentino Rossi (19) dan adiknya, Luca Marini.

Dalam perkembangan lain, pelumba negara, Hafizh Syahrin gagal beraksi baik untuk pasukannya NTS RW Racing GP apabila cuma meraih tempat ke-18 dalam saingan Moto2, semalam, manakala rakan pasukan Barry Baltus  mendapat kedudukan ke-16. Juara Moto2 di Sepanyol dimenangi Raul Fernandez daripada Red Bull KTM Ajo.

BACA>>> Sukses Uji RS-GP, Vinales Debut Bersama Aprilia Bulan Ini

 

KEPUTUSAN GP SEPANYOL 2021

  1. Francesco Bagnaia ITA Ducati Team (GP21) 41m 44.422s
  2. Marc Marquez SPA Repsol Honda (RC213V) +0.673s
  3. Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +3.911s
  4. Aleix Espargaro SPA Aprilia Gresini (RS-GP) +9.269s
  5. Jack Miller AUS Ducati Team (GP21) +11.928s
  6. Enea Bastianini ITA Avintia Ducati (GP19)* +13.757s
  7. Brad Binder RSA Red Bull KTM (RC16) +14.064s
  8. Fabio Quartararo FRA Monster Yamaha (YZR-M1) +16.575s
  9. Jorge Martin SPA Pramac Ducati (GP21)* +16.615s
  10. Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) +16.904s
  11. Iker Lecuona SPA KTM Tech3 (RC16) +17.124s
  12. Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +17.710s
  13. Pol Espargaro SPA Repsol Honda (RC213V) +19.680s
  14. Miguel Oliveira POR Red Bull KTM (RC16) +22.703s
  15. Danilo Petrucci ITA KTM Tech3 (RC16) +25.723s
  16. Cal Crutchlow GBR Monster Yamaha (YZR-M1) +26.413s
  17. Johann Zarco FRA Pramac Ducati (GP21) +26.620s
  18. Maverick Viñales SPA Aprilia Gresini (RS-GP) +27.128s
  19. Valentino Rossi ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) +32.517s
  20. Luca Marini ITA Sky VR46 Avintia Ducati (GP19)* +39.073s
  • Jake Dixon GBR Petronas Yamaha (YZR-M1) DNF
  • Alex Marquez SPA LCR Honda (RC213V) DNF
Ranking terkini setakat perlumbaan ini.

Related

290
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Aragon, GP Sepanyol, Joan Mir, Litar Aragon, moto2 test triumph aragon, MotoGP 2021

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev