• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kanada Perkenalkan Cara Atasi Pemanduan Tanpa Aktifkan Lampu Depan

Kanada Perkenalkan Cara Atasi Pemanduan Tanpa Aktifkan Lampu Depan

September 10, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

RAMAI juga pemandu didapati memandu kenderaan pada waktu malam tetapi tidak menyalakan lampu depan. Mungkin terlupa atau tidak sedar, apatah lagi jika kawasan itu sememangnya diterangi lampu jalan.

Di Kanada, pihak pentadbir mahu menyelesaikan isu pemanduan tanpa menyalakan lampu depan dengan memperkenalkan peraturan mandatori untuk menambah baik faktor visibiliti (keterlihatan) untuk semua kereta atas jalan.

Dipanggil Regulasi Pencahayaan Kenderaan Kanada (Canadian Vehicle Lighting Regulation), peraturan baharu itu sudah berkuat kuasa awal bulan ini (1September 2021).

Pengumuman mengenai syarat baharu itu sudah bermula sejak 2018 dan menetapkan setiap kenderaan wajib ada salah satu daripada tiga ciri baharu ini:

  • Lampu belakang menyala sebaik sahaja lampu nyalaan siang (DRL) dipasang.
  • Lampu depan jenis automatik
  • Papan pemuka kekal gelap jika lampu depan belum dinyalakan.

Peraturan baharu itu diguna pakai untuk semua jenis kenderaan termasuk kereta, lori, kenderaan utiliti sukan (SUV), motosikal dan kenderaan roda tiga.

Tujuannya adalah untuk meningkatkan tahap keselamatan jalan raya di Kanada menerusi pengurusan tahap pencahayaan yang lebih baik.

Lampu DRL dan Lampu Belakang Menyala

  • Peraturan baharu itu mahu menyelesaikan satu masalah utama berkait lampu nyalaan siang (DRL).
  • Ini kerana ramai pemandu kurang peka dan sering keliru dengan pencahayaan lampu utama dan lampu DRL.
  • Ramai pemandu tersalah anggap lampu utama mereka sudah menyala, sedangkan itu adalah pencahayaan dari lampu DRL.
  • Keadaan itu menyebabkan bahagian belakang kereta mereka gelap (lampu belakang tidak diaktifkan).
  • Cara mengatasinya ialah mengenakan syarat bahawa lampu belakang perlu menyala serentak sebaik sahaja lampu DRL diaktifkan.

Lampu Depan Automatik

  • Pilihan kedua ialah lampu depan akan nyala secara automatik jika sensor mengesan hari semakin gelap atau kenderaan berada di kawasan kurang pencahayaan.
  • Teknologi lampu automatik ini sudah wujud sejak tahun 1955 selepas  General Motors memperkenalkan sistem Twilight Sentinel.
  • Malah teknologi bantuan lampu tinggi-rendah juga diperkenalkan sejak 1952, melalui sistem Autronic Eye. 
  • Sistem itu secara automatik akan menukar lampu tinggi kepada lampu rendah jika mengesan kenderaan lain dari arah depan.
  • Teknologi lampu automatik berkembang dan sudah menjadi ciri standard pada banyak kenderaan moden.
  • Lampu automatik juga membantu menyelesaikan masalah pemandu tidak sedar, keliru dengan DRL atau terlupa nyalakan lampu depan.

Papan Pemuka Gelap (Malap)

  • Opsyen ketiga ini mungkin agak sukar untuk diperkenalkan pada kenderaan moden. 
  • Untuk kereta lama, meter analog akan menyala apabila lampu depan diaktifkan. Keadaan meter gelap semasa memandu adalah satu tanda peringatan kepada pemandu bahawa lampu depannya belum dinyalakan.
  • Kereta moden atau zaman sekarang, banyak kereta dipasang skrin digital termasuk infotainmen yang memancarkan cahaya semasa digunakan.
  • Skrin ini biasa lebih terang pada waktu siang dan malap sedikit ketika malam untuk mengelakkan kejadian silau.
  • Bagaimanapun, syarat ketiga Kanada mungkin sukar dipenuhi dan rata-rata pengeluar automobil pastinya akan memilih sama ada opsyen satu (lampu belakang dan DRL) atau dua (lampu automatik).

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Lampu Depan Adaptif LED Matriks yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: 5 Sebab Kenapa Lampu Amaran ABS Tiba-Tiba Nyala?
BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Patut Nyalakan Lampu Signal Belok di Bulatan?

SUMBER: The Drive

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Isu Lampu Depan Tak Nyala, Kanada, Masalah Lampu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my