• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Masalah Brek: Lori Rempuh 7 Kenderaan Di Sungai Buloh

Masalah Brek: Lori Rempuh 7 Kenderaan Di Sungai Buloh

September 9, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEBUAH lori tipper dipercayai mengalami masalah brek lalu merempuh tujuh kenderaan lain dalam kejadian kemalangan di Persiaran Bukit Rahman Putra 1 di Sungai Buloh, Selangor petang tadi.

Insiden dipercayai berlaku sekitar jam 4.30 petang. Situasi jalan raya di lokasi kemalangan digambarkan sebagai kawasan selekoh menuruni bukit dan permukaan jalan kering (cuaca baik).

BACA >>> Bukan Lamborghini Sewa, Tapi Kereta Pelanggan?
BACA >>> Lamborghini Superleggera Hilang Kawalan, Rempuh Beberapa Kenderaan di Jalan Tun Razak

Lori Sungai Buloh Kemalangan - 1
Lori Sungai Buloh Kemalangan - 3

Berdasarkan kenyataan polis, lori berkenaan dikatakan sedang menuju ke Bandar Baru Sungai Buloh dan hilang kawalan akibat masalah brek, merempuh ketujuh-tujuh kenderaan dari arah belakang.

Semasa kejadian, semua kenderaan yang dirempuh itu sedang beratur ketika lampu isyarat masih merah. Laporan mengesahkan semua mangsa tidak mengalami kecederaan.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Patut Nyalakan Lampu Signal Belok di Bulatan?

Lori Sungai Buloh Kemalangan - 0
Lori Sungai Buloh Kemalangan - 2

Pemandu lori adalah seorang lelaki berumur 35 tahun. Kenderaan yang dilaporkan dirempuh dalam insiden itu ialah:

  • Honda Jazz
  • Perodua Myvi
  • Isuzu
  • Isuzu D-Max
  • Daihatsu Gran Max
  • Perodua Axia
  • Toyota Hiace

Polis masih menjalankan siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kemalangan Lori, lori, Lori Rempuh 7 Kenderaan, Masalah brek, Roda4, Sungai Buloh

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev