KELAS 250cc adalah antara segmen motosikal paling sengit dalam kalangan pengeluar dua roda. Ini kerana ia menjadi kelas peralihan kepada penunggang motosikal sebelum berhijrah kepada jentera berkapasiti enjin lebih besar, dan berada dalam kelompok harga masih mampu milik.
Terbaharu, Benelli khabarnya bakal melancarkan model suku liter, Tornado 252R untuk pasaran luar China. Jenama asal Itali dan kini dimiliki China itu nampaknya tidak mahu ketinggalan untuk merebut pasaran segmen tersebut, terutama di rantau Asia Pasifik.
BACA >>> #Spyshot: Bocor Foto Jentera Touring Benelli Paling Berkuasa
Malah, sebelum ini kita sudah sedia maklum dengan kehadiran beberapa model 250cc-300cc Benelli yang perlahan-lahan mula mengancam kedudukan jenama popular dunia seperti CFMoto dan Zontes, termasuk dari Jepun. Di Malaysia, motosikal 250cc sememangnya sudah sedia popular memandang ia menjadi had akhir untuk pemilik lesen motosikal kelas B2.
Berbalik kepada Tornado 252R, sportbike itu tampil dengan rekabentuk mirip 302R yang futuristik dan menarik perhatian menerusi ciri model dengan rekaan lampu LED agresif. Berikut beberapa faktas ringkas mengenai model 250cc itu:
BACA >>> Benelli 302R (2021) Lancar di China, Rupa Baharu dan Lebih Ringan, Harga RM18.8k
BACA >>>Benelli TRK 502 Laris di Itali, Bakal Pintas Jualan Model Advencer BMW
- Fork terbalik (USD).
- Panel meter digital LCD dengan ciri Bluetooth.
- Klac antigelincir Slipper & Assist (A&S).
- Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) sebagai standard.
- Tuil brek dan klac boleh laras.
- Dijana enjin 2-silinder sebaris 249cc berkuasa 25hp.
Enjin Tornado 252R mungkin menggunakan paten aci engkol 360º seperti 302R, iaitu kedua-dua piston naik dan turun serentak dengan menghasilkan deruman ekzos seperti enjin boxer.
Tornado 252R sebenarnya sudah dilancarkan di China tahun lalu pada harga AS$3,970 (RM16,470). Adakah pengedar motosikal Benelli di Malaysia, MForce Bike Holdings Sdn Bhd akan membawa model berkenaan ke Malaysia?
Rasanya tidak mustahil memandang MForce boleh dikatakan agak agresif memperkenalkan model Benelli untuk pasaran tempatan. Jika benar Tornado 252R tiba, pasaran segmen 250cc kita pasti lebih meriah dan mengujakan. Apa kata anda peminat di Malaysia?
BACA >>> MForce Bike Lancar Skuter Wmoto Xtreme 150i (2021), Harga Cuma RM9.5k!
Leave a Reply