• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bukan Lamborghini Sewa, Tapi Kereta Pelanggan?

Bukan Lamborghini Sewa, Tapi Kereta Pelanggan?

September 9, 2021 By Shawkath Leave a Comment

6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PENGGUNA jalan raya yang berada di lokasi nahas membabitkan sebuah Lamborghini merempuh beberapa kereta lain segera membantu mangsa kemalangan di Jalan Tun Razak pagi semalam.

Di satu sudut lain, beberapa individu lain meninjau dan menyoal dua lelaki yang didakwa berada di dalam Lamborghini yang mengakibatkan kemalangan tersebut. Kini, tular satu video rakaman ‘temu bual’ berkenaan.

BACA >>> Lamborghini Superleggera Hilang Kawalan, Rempuh Beberapa Kenderaan di Jalan Tun Razak

Rakaman video berdurasi 37 saat menunjukkan seorang lelaki menegur dua pemuda berkenaan yang membawa kesusahan kepada orang lain.

Itulah sedarlah awak, memang awak orang kaya tetapi tengok apa yang berlaku,” kata lelaki yang membuat rakaman video.

Dengan pantasnya, salah seorang pemuda itu segera menafikan kenyataan itu dan menyatakan kenderaan itu adalah kereta sewa.

Tak ini bukan kereta saya, ini kereta sewa,” kata pemuda berkenaan.

Selain video berkenaan, ada foto tular memaparkan perbualan mesej WhatsApp yang didakwa membabitkan pemilik Lamborghini.

Perbualan itu menyatakan kedua-dua pemuda berkenaan adalah pekerja bengkel dan didakwa memandu selaju 200kmj serta menyatakan brek ‘dop makan’.

Malah cerita kereta sewa turut dinafikan dalam foto tersebut. Individu itu mendakwa kisah kereta sewa adalah untuk lepas tangan. Bagaimanapun, tunggu sahaja polis melakukan tugas mereka dan siasatan selesai.

SUMBER: Vocket | KisahRakyatMalaysia

Related

6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: kemalangan, Kereta Sewa Lamborghini, Lamborghini, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my