FIRMA pembekal solusi teknologi, Green Packet Bhd (Green Packet) dengan kerjasama FETC International Co (FETCi) akan melaksanakan ujian sistem tol tanpa palang di lebuh raya negara ini.
Ujian pertama akan dilakukan di Lebuhraya Besraya KM5.5 (Arah Utara) untuk pengumpulan data selama tiga bulan bermula awal 2022.
Data dikumpul daripada ujian itu akan dikongsikan bersama pihak berkuasa dan pihak berkepentingan. Tujuannya, membukti keberkesanan sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF).
- Green Packet akan menyediakan pembiayaan, maklumat tempatan dan kepakaran dalam pembayaran teknologi kewangan.
- FETCi pula firma pakar dalam sistem tol pengenalan frekuensi radio (RFID) dan aliran bebas yang sudah menjalankan beberapa sistem MLFF di negara Asia lain. Firma itu akan menyediakan peralatan dan kepakaran pelaksanaan MLFF.
- Sistem tol gantri itu adalah salah satu pendekatan yang dilihat mampu menambah baik infrastruktur pengangkutan dan pada masa sama membantu aliran trafik berjalan lebih lancar, termasuk mengurangkan kesesakan.
BACA >>> Pemandu Indonesia Sudah Boleh Masuk Tol Tak Perlu Berhenti, Tanpa Palang Tahun Depan
BACA >>> Filipina Sedia Tempat Khas Penunggang Motosikal Berhenti Ketika Hujan di Lebuh Raya
BACA >>> Gerak Malaysia: 11 Info Lebuhraya PLUS yang Perlu Anda Tahu
SUMBER: Bernama
Leave a Reply