• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Acosta Sah ke Moto2 Musim Depan, Sertai Red Bull KTM Ajo

Acosta Sah ke Moto2 Musim Depan, Sertai Red Bull KTM Ajo

September 8, 2021 By Wahid Leave a Comment

46
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PELUMBA sensasi Moto3, Pedro Acosta, disahkan bakal berhijrah ke kelas Moto2 bermula musim 2022 dengan menyertai pasukan Red Bull KTM Ajo.

Walaupun tahun ini ialah musim pertama Acosta, dia pantas mengejutkan ramai pemerhati, termasuk lawannya dalam kelas Moto3, dan pelumba veteran serta semua peminat sukan lumba Kejuaraan Dunia MotoGP.

Acosta, 17, merangkul tempat kedua peribadi dalam aksi Moto3 pertama di Litar Antarabangsa Losail, Qatar. Perlumbaan pada minggu depan di litar sama pula membuatkan lebih ramai pemerhati terkejut apabila dia memenangi perlumbaan tersebut walaupun terpaksa bermula dari laluan pit (atau boleh disamakan petak terakhir).

Dia kemudian memenangi empat lagi perlumbaan selain mengekalkan kedudukan ke-10 teratas dalam sepuluh daripada jumlah sebelas perlumbaan setakat ini. Justeru, Acosta kini mendahului ranking keseluruhan dengan 46 mata di atas Sergio Garcia.

BACA >>> Marquez Masih 'Raja Sachsenring'! Juara 11 Tahun Berturut-Turut!
BACA >>> Tiada Lagi Nombor 50 dalam Moto3 Sempena Tribut Dupasquier

SIAPA ACOSTA?

pedro-acosta-1
pedro-acosta-2

Acosta baru saja berusia 17 tahun musim ini. Dia berlumba sepenuh masa dalam kelas FIM CEV Moto3 Junior World Championship, tahun lalu, termasuk menyertai kempen siri Red Bull MotoGP Rookies Cup pada tahun sama.

Dia memenangi tiga pusingan, tempat kedua (tiga kali) dan tempat ketiga (dua kali) daripada 11 pusingan CEV Moto3 dan akhirnya menjadi juara keseluruhan.

Dalam Rookies Cup pula, dia menang enam pusingan pertama berturut-turut, dan mendapat tempat kedua dua kali dan ketiga sekali dalam 12 pusingan perlumbaan. Pencapaian cemerlang itu membolehkan pelumba Sepanyol itu menjadi juara Rookies Cup.

Maknanya, Acosta ialah juara dua kelas perlumbaan dalam satu musim!

KISAH SELANJUTNYA...

Kehebatan Acosta mengejutkan ramai pemerhati dan lawan.

Tidak syak lagi Acosta memiliki bakat semula jadi dalam perlumbaan motosikal. Pengganalisis MotoGP menganggap kehebatan anak mudah itu terletak pada cara dia menggunakan cengkaman tayar depan. Itu sebenarnya tidak menghairankan kerana dia pernah berlatih motocross bersama beberapa pelumba MotoGP lain.

Kita juga mengharapkan beliau akan menjuarai kelas Moto3 dalam musim pertamanya. Kini masih ada enam perlumbaan sebelum musim 2021 berakhir.

BACA >>> Takut Disambar Petronas SRT, Yamaha, KTM Bakal Hantar Fernandez ke Tech3 Musim Depan
BACA >>> KTM RC200 (2022) Serba Baharu Juga Bakal Lancar!

Related

46
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev