AVETA Global Marketing (Aveta Global) sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan satu lagi motosikal kapcai ke segmen 130cc untuk pasaran tempatan.
Dipanggil Aveta V13R, motosikal itu dilihat sebagai pencabar baharu Yamaha 135LC memandangkan kedua-duanya mempunyai desain hampir sama. Motosikal Aveta dijangka memasuki pasaran seawal bulan Oktober ini.
BACA >>> Aveta Bakal Lancar Supermoped 180cc?
BACA >>> Aveta VS110 (2021): Lagi Skuter Bajet Dilancarkan Syarikat Tempatan, RM3.5k Sahaja
Menurut maklumat diterima, ada empat warna pilihan iaitu biru, merah, hitam dan kelabu dengan dua jenis liveri pada bahagian sisi iaitu skim merah hitam atau putih, kelabu dan hitam (ikut warna motosikal).
Semua warna motosikal menggunakan rim sport desain sama berwarna hitam dan dan set absober berkembar tona kuning. Sistem fork depan adalah jenis teleskopik.
Berdasarkan foto iklan, sistem henti membabitkan jenis cakera pada roda depan dan brek dram. Sistem transmisi diyakini manual 4-kelajuan. Nampaknya, ada pengedar sudah membuka tempahan untuk model tersebut sejak bulan Ogos lalu dengan harga anggaran sekitar RM5,200.
Menurut maklumat diterima, ini adalah salah satu daripada sekurang-kurangnya empat produk yang akan dilancar Aveta pada tahun ini.
SUMBER: TRMotorWorld | Mudah
Leave a Reply