• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Malaysia Bakal Lancar Lebih Banyak Model Canggih, Tawar Insentif Pembiayaan

Honda Malaysia Bakal Lancar Lebih Banyak Model Canggih, Tawar Insentif Pembiayaan

September 3, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

HONDA Malaysia sedang bersiap sedia memanfaatkan tempoh empat bulan terakhir tahun 2021 untuk meraih kembali momentum perniagaan syarikat menerusi tiga strategi pintar iaitu pelancaran model-model terbaharu, inisiatif pembiayaan dan kempen promosi.

Semua langkah itu akan diambil tanpa mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kerajaan termasuk yang ditetapkan pihak berkuasa negeri.

Honda Malaysia mengesahkan bilik-bilik pameran pengedar dan kilang di Melaka sudah kembali beroperasi pada ketika industri automotif mula dibuka semula di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Di kilang pembuatan, Honda Malaysia mengakui pihaknya sedang mengambil semua langkah wajar untuk memastikan:

  • Aktiviti pengeluaran kenderaan kekal pada standard tertinggi
  • Permintaan pelanggan ditunaikan mengikut tempoh masa
  • Penghantaran produk-produk berkualiti tinggi

Model Baharu

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo menyatakan Honda Malaysia sudah menyusun model-model terbaharu dengan Teknologi Termaju Generasi Akan Datang untuk diperkenalkan tidak lama lagi.

"Pelancaran-pelancaran ini akan menawarkan rakyat Malaysia dengan lebih banyak pilihan model baharu semasa tempoh Pengecualian Cukai Jualan semasa, yang dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021."

Insentif Honda Malaysia

  • Selain insentif cukai Kerajaan, Honda Malaysia juga mengadakan promosi September Special Benefits yang bermula 1 hingga 30 September 2021.
  • Kempen diadakan bagi meraikan sambutan Hari Malaysia dengan ganjaran bernilai sehingga RM6,000 untuk pelanggan. Semua tertakluk kepada terma dan syarat.

Pembiayaan Khas

  • Honda Malaysia mengumumkan inisiatif pembiayaan iaitu Special Financing Program yang akan berlangsung sehingga 31 Disember 2021.
  • Program itu membolehkan pelanggan yang membeli kenderaan baharu Honda untuk membuat bayaran ansuran lebih rendah bagi peringkat awal pemilikan kenderaan.

Tempah Secara Maya

  • Honda Malaysia turut menyediakan kemudahan untuk pelanggan membuat tempahan awal kereta Honda yang diingini menerusi Online Pre-Booking Platform.
  • Anda boleh melayari laman web rasmi Honda Malaysia atau menggunakan aplikasi HondaTouch untuk akses kepada platform tersebut.
  • Pelanggan boleh membuat tempahan awal kenderaan Honda pada bila-bila masa dan di mana jua. Bayaran minimum dikenakan cuma RM99. Semua ini juga tertakluk kepada terma dan syarat ditetapkan.

Prestasi Honda Malaysia 2021

  • Honda Malaysia mendapat sokongan pengguna meskipun hampir semua sektor ekonomi termasuk industri automotif tempatan terjejas teruk susulan sekatan terdahulu mencegah penularan wabak Covid-19.
  • Syarikat mencatat jualan terkumpul 1 juta unit kenderaan pada Mac 2021. 

Jualan Model 

  • Sedan Honda City masih kekal sebagai antara model kegemaran ramai dalam segmen B dan merangkumi 35 peratus daripada jumlah jualan kenderaan Honda Malaysia (sehingga Ogos 2021). 
  • Model lain juga menyaksikan prestasi memberangsangkan termasuk mendahului segmen tersendiri. Berikut ialah peratus pegangan pasaran mengikut model:
    • Honda Civic - 72 peratus 
    • Honda Accord - 36 peratus
    • Honda HR-V - 71 peratus
    • Honda CR-V - 24 peratus

BACA >>> Honda Jepun Tawar 30 Unit NSX Type S, 10 Warna Pilihan, Harga Mula RM1j!
BACA >>> Honda CR-V Black Edition (2021) Lancar Di Thailand, Harga Mula RM187k!
BACA >>> Honda Lancar 3 Varian Civic 1.5L (2022) di Thailand, Harga Mula RM121k!
BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Pegang Stereng Kereta dengan Betul?
BACA >>> #TahukahAnda: Mengapa Honda Ubah Posisi Asal Butang Hon, Lampu Signal Belok?

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Honda Malaysia, Madoka Chujo, Pelan Pemulihan Negara (PPN)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my