• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lanjut Tempoh Perbaharui Lesen, Cukai Jalan Sehingga 31 Disember 2021, Boleh Walk-in Di JPJ

Lanjut Tempoh Perbaharui Lesen, Cukai Jalan Sehingga 31 Disember 2021, Boleh Walk-in Di JPJ

September 3, 2021 By Shawkath Leave a Comment

424
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KEMENTERIAN Pengangkutan bersetuju untuk melanjutkan tempoh pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) tamat tempoh sehingga 31 Disember 2021.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, mana-mana pemilik LKM dan LMM yang sudah tamat tempoh sah TIDAK akan dikenakan tindakan penguatkuasaan dan pematuhan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

BACA >>> Guna MySejahtera Orang Lain untuk Ambil Vaksin, 4 Individu Ditahan

Lesen Moratorium 31 Disember 20211
Lesen Moratorium 31 Disember 20210

Bagaimanapun, pemilik LKM perlu memastikan kenderaan mereka ada perlindungan insurans sah. Sijil Perlindungan Insurans (e-Cover note) perlu dipaparkan dan ditunjukkan untuk tujuan pemeriksaan.

Keputusan itu dibuat susulan keluhan dan maklum balas orang ramai yang sukar mendapat akses perkhidmatan agensi di bawah Kementerian Pengangkutan termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika pandemik Covid-19.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tukar Warna Kereta? Bagaimanakah Cara Daftar JPJ?

BOLEH WALK-IN JPJ, PUSPAKOM 

  • Kementerian juga mengambil inisiatif untuk membenarkan pengoperasian semua kaunter JPJ di seluruh negara dan kaunter rakan strategik JPJ (Puspakom) dengan kapasiti 100 peratus secara walk-in.
  • Akan bermula 6 September 2021 untuk orang ramai memperbaharui  LKM dan LMM dengan lancar dalam tempoh pelanjutan dibenarkan.
  • Pelanggan yang ingin berurusan di kaunter perlu lengkap vaksinasi sebagai langkah berjaga-jaga semua pihak.
  • Pelawat perlu menunjukkan status Risiko Rendah COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera.
  • Bermula 6 September 2021, JPJ akan menghentikan sistem janji temu dalam talian untuk memberi sokongan kepada pelanggan yang menerima vaksinasi lengkap  berurusan di kaunter.

BACA >>> Lagi Tawaran Diskaun 70 Peratus untuk Saman Boleh Kompaun JPJ

Related

424
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lesen Kenderaan Motor (LKM), lesen memandu Malaysia (LMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Saman

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev