• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rossi Geram 5-6 Lap Saja Tayar Sudah Terbakar, Sambut Baik Kedatangan Dovizioso

Rossi Geram 5-6 Lap Saja Tayar Sudah Terbakar, Sambut Baik Kedatangan Dovizioso

September 2, 2021 By Aryon Leave a Comment

479
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SIAPA sangka permulaan hebat dilakukan veteran Valentino Rossi pada final GP British lalu cuma sekadar berakhir di kedudukan ke-18.

Dan pelumba itu ada alasan tersendiri yang mendakwa berpunca daripada masalah tayar.

Bermula di petak kelapan, Rossi dilihat mampu melakuan kejutan apabial bersaing sengit ddalam kelompok 10 pelumba terbaik. Namun The Doctor menjadi salah seorang daripada antara pelumba yang mengalami masalah tayar yang berlaku selepas mereka menghabiskan beberapa pusingan perlumbaan hingga dia mendapat kedudukan corot.

BACA >>> Rossi: "Jentera MotoGP Moden Lebih Menguji Fizikal Berbanding Dahulu"

valentino-rossi-2021-1
valentino-rossi-2021-2

Aku lebih baik dengan tayar belakang keras, tapi hari ini sangat sejuk, kami perlu berlumba dengan tayar medium. Jadi aku jangka ada masalah, tapi tidaklah sampai macam ni.

"Aku bermula baik, dan juga dalam kumpulan terbaik ketika lap pertama. Ini penting. Lebih atau kurang pun, aku jangka dengan pace aku, aku boleh fight tempat ke-7, 8, dan 9.

"Tapi selepas 5-6 lap, tayar belakang drop kaw-kaw. Aku tak ada lagi grip. Macam tayar terbakar, dan selepas itu terus hilang performance. Aku mula terlepas 1-2-3 saat untuk satu lap. Aku cuba ligan balik, tapi memang sangat, sangat slow bak hang...

"Memang sangat memalukan. Aku sangat sedih sebab aku nak cuba buat result yang baguih kat sini sebab aku suka trek ni (Silverstone). Ada suasana yang baik dengan ramai peminat, lebih-lebih lagi aku juga rasa sangat baguih duk ada dengan motor.

"Masa hujung minggu, aku memang selalu kompetetitif, dan aku nak cuba dapat top ten. Tapi bukan macam ni. Puihhh..."

Dalam perkembangan lain, Rossi turut menunjukkan reaksi positif mengenai beliau akan bersara di sisi Andrea Dovizioso sebagai rakan sepasukan selepas pelumba itu disahkan menjadi pelumba Petronas Yamaha SRT, menggantikan Franco Morbidelli yang akan berhijrah ke pasukan pengilang.

Aku seronok ada Dovi sebab dia ada banyak pengalaman. Dia sangat laju, lagi pun kami memang baik. Kami selalu bersaing bersama sejak 2008 dan aku sangat seronok dia berlumba balik.

"Aku juga fikir dia boleh bagi sesuatu kat Yamaha untuk improve kan motor depa, dan aku suka dia jadi rakan pasukan. Lagipun kami berdua pun suka makan Nasi Kandar."

BACA >>> Dovizioso Sah Lumba untuk Petronas Yamaha SRT di Misano, Pelumba Tetap Musim Depan
BACA >>> Valentino Rossi Bakal Jadi Abah

SUMBER: Crash.net

Related

479
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, MotoGP, Petronas Yamaha SRT, Valentino Rossi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev