• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mitsubishi No 3 dalam Kajian Kualiti Awalan JD Power di Amerika!

Mitsubishi No 3 dalam Kajian Kualiti Awalan JD Power di Amerika!

September 5, 2021 By Abang Hirata Leave a Comment

580
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAWARAN kenderaan Mitsubishi di pasaran Malaysia tidak lagi serancak dulu walaupun memiliki banyak model seperti Grandis, Mirage, Attrage, ASX, Lancer, Lancer Sportback dan Lancer Evolution.

Mitsubishi kini cuma menawarkan tiga model, iaitu Outlander, Triton dan Xpander. Walaupun hanya tiga model, sambutan diterima tetap baik, terutama sekali Xpander. Di Indonesia, sambutan diterima untuk Xpander begitu memberangsangkan hingga menjadi antara model terlaris di sana.

BACA >>> 13 Fakta Pantas: Mitsubishi Xpander Cross, Harga Mula Rp267j (RM79k)

Mitsubishi Mirage & Mirage G4 2021
Mitsubishi Mirage 2021 02

Dari segi penawaran, Mitsubishi dilihat mengambil strategi terpilih berdasarkan pasaran, sebagai contoh Mirage dijual di Thailand, Britain dan Amerika Syarikat (AS), tetapi tidak di Indonesia dan negara kita. Menariknya jualan kereta kompak di Indonesia dan Malaysia adalah tinggi.

Sebenarnya strategi itu sama saja dengan pengeluar lain yang tidak memasarkan semua model di sesebuah negara.

Apa pun strategi diambil, Mitsubishi sedang membina nama baik di AS apabila diiktiraf sebagai jenama ketiga terbaik daripada 32 jenama automotif dalam Kajian Kualiti Awalan JD Power AS 2021 (Initial Quality Study/IQS).

Di AS dengan hak kepenggunaan tinggi dan status hab automotif dunia selepas China, kejayaan menduduki tangga ketiga adalah pencapaian yang sangat baik. Selain pencapaian itu, kenderaan utiliti sukan (SUV), Outlander Sport (2021) menduduki tangga kedua dalam kelasnya.

Outlander Sport bukan model baharu, itu ialah ASX yang sudah berada di pasaran sejak 2010 dan telah dikemas kini dengan menampilkan rekabentuk Dynamic Shield pada 2019.

BACA >>> Mitsubishi Malaysia Umum Harga Baharu Outlander, ASX! Murah Hingga RM7k!
BACA >>> Spesifikasi Mitsubishi Outlander (2021) Serba Baharu: Dimensi, Ciri Dipertingkat

Apakah Kajian Kualiti Awalan JD Power?

Kajian ini melibatkan pengalaman pembeli dalam tempoh 90 hari pemilikan. Markah IQS membabitkan beberapa masalah dihadapi pemilik dan dirumuskan mengikut setiap 100 kenderaan (PP100).

Markah rendah bermakna model itu lebih berkualiti dalam tempoh 90 hari atau kurang bermasalah berbanding model lain yang dikaji. Markah Mitsubishi untuk kajian tersebutmeningkat empat mata berbanding kajian terdahulu kepada 144 PP100 dan turut melonjakkan kedudukan dari tangga keenam ke ketiga.

Mitsubishi juga berkongsi markah 144 PP100 bersama Lexus, manakala dua jenama di atas ialah Dodge (139 PP100) dan RAM (128 PP100). Purata markah keseluruhan, 162 PP100.

Outlander Sport (2021) berada di tangga kedua dalam kelas SUV kecil, naik satu kedudukan dan peningkatan 12 markah dari tahun ke tahun.

Bagi pasaran AS, Mitsubishi menawarkan sejumlah model seperti Outlander PHEV, Outlander, Eclipse Cross, Outlander Sport (ASX), Mirage dan Mirage G4 (Attrage). Dari banyak model yang ditawarkan itu, Eclipse Cross dilihat menarik jika ditawarkan di pasaran tempatan bagi menyaingi SUV saiz sederhana lain.

Di Indonesia Eclipse Cross 1.5L Turbo ditawarkan pada Rp493,750,000 (RM144,187).

BACA >>> Jualan Tahunan Mitsubishi Malaysia Naik 51 Peratus, Xpander Paling Laris
BACA >>> Harga Rasmi Mitsubishi Xpander (2020) Diumumkan, RM91,369 Sahaja

Mitsubishi Full Model Lineup 2021
Mitsubishi Eclipse Cross 01
Mitsubishi Mirage & Mirage G4 2021
Mitsubishi Mirage 2021 02
Mitsubishi Mirage G4 2021 01
Mitsubishi Mirage G4 2021 02
Mitsubishi Mirage Special Edition 2021
Mitsubishi Outlander PHEV 2019
Mitsubishi Outlander Sport 02
Mitsubishi Outlander Sport 03

Related

580
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Initial Quality Study, IQS, J.D. Power 2021 U.S. Initial Quality Study, kajian, Kajian Kualiti Awalan J.D Power AS 2021, Mitsubishi, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev