• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Thailand Lancar 4 Varian Suzuki Smash FI Next Edition (2021)

Thailand Lancar 4 Varian Suzuki Smash FI Next Edition (2021)

September 1, 2021 By Shawkath Leave a Comment

742
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI Thailand melancarkan Smash FI Next Edition (2021) berwajah baharu dengan empat kombinasi warna menarik yang mampu memberi saingan kepada pencabar kapcai bajet dalam segmen 115cc. Tiada maklumat harga didedahkan.

Di Thailand, Smash FI  sudah lama dianggap sebagai model kapcai berbaloi untuk dibeli kerana menawarkan ciri tahan lasak, reliabel dan diterima ramai pengguna.

Berikut perincian Smash FI Next Edition (2021):

BACA >>> Suzuki Bakal Menggegar! Inilah Game Plan Suzuki Malaysia untuk Pasaran Tempatan

  • Ada empat varian ditawarkan, dibezakan mengikut jenis rim, sistem penghidup dan brek iaitu:
    • LE (premium) - Rim aloi, brek cakera depan dan penghidup elektrik.
    • LB (tinggi) - Rim jejari, brek cakera depan dan penghidup elektrik.
    • LA (sederhana) - Rim jejari, brek dram dan penghidup elektrik.
    • JA (asas) - Rim jejari, brek dram dan penendang kaki.

BACA >>> Suzuki Malaysia Lancar 6 Model Motosikal CBU Jepun untuk Pasaran Malaysia

  • Ada empat warna pilihan baharu: White Burgundy (putih merah), Kabuki Black (hitam putih), Thunder Smoke (kuning kelabu) dan Signature Blue (biru floresen hijau). Warna White Burgundy cuma ditawarkan untuk varian premium. 
  • Trenkuasa petrol 4-lejang silinder tunggal 113cc OHC penyejukan udara dengan teknologi suntikan bahan api  (FI). Tiada data kuasa dikongsi. Transmisi digunakan jenis automatik 4-kelajuan.
  • Enjin hadir dengan teknologi LEaP iaitu Light (ringan), Efficient (efisien) and (dan) Powerful (berkuasa) dengan menawarkan pengurangan rintangan mekanikal dan menjaga sistem bendalir enjin.

BACA >>> Suzuki Raider R150 (2021) Filipina Kini Ada Ciri Lampu Automatik

  • Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan absorber kembar di belakang.
  • Tinggi pelana 760mm dan jarak lega bumi 145mm.
  • Sistem brek terdiri menggunakan unit brek cakera (depan) dan dram  (belakang), atau dram pada kedua-dua roda (mengikut varian).
  • Saiz tangki petrol 3.7 liter. Anggaran penggunaan bahan api ialah 66.7km per liter.
  • Set lampu belakang dikemas kini, dan panel meter diperbaharui untuk memudahkan penunggang membaca maklumat tunggangan.
  • Ada waranti tiga tahun atau 30,000km (mana satu tiba dulu). Ada juga waranti lima tahun untuk sistem FI, membabitkan injektor bahan api, modul kawalan enjin, sensor oksigen, sensor suhu enjin, terotel dan sensor badan terotel.

SUMBER: Suzuki Thailand | Suzuki FB

Related

742
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kapcai 115cc, roda2, Suzuki Smash FI Next Edition (2021), Suzuki Thailand

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my