• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Lotus Bina Kilang Di Wuhan, Bakal Hasilkan Model SUV Bermula 2022

Lotus Bina Kilang Di Wuhan, Bakal Hasilkan Model SUV Bermula 2022

September 1, 2021 By Shawkath Leave a Comment

71
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

LOTUS sudah memulakan projek pembinaan kilang terbaharu di Wuhan, China yang akan mula menghasilkan model untuk seisi keluarga bermula dengan produk kenderaan utiliti sukan (SUV).

Kilang dengan kapasiti pengeluaran sehingga 150,000 unit setahun itu menelan kos pelaburan sekitar £900 juta (RM5.12 bilion) dan menempatkan satu jabatan baharu iaitu Lotus Technology yang memberi fokus kepada pembuatan kenderaan elektrik.

Senarai model mengikut kod nama dan tahun penghasilan:

  • Type 132 - SUV pada 2022
  • Type 133 - Coupe empat pintu menjelang 2023
  • Type 134 - SUV segmen D pada 2024
  • Type 135 - Kereta sport kerjasama Alpine pada 2026

Senarai itu termasuk dua model elektrik yang akan dibina dalam tempoh lima tahun. Bagaimanapun, kereta sport Lotus-Alpine tidak dibina di China tetapi pengeluaran dilakukan di Hethel, England.

Selain itu, Lotus juga menjalin kerjasama dengan pengeluar kenderaan elektrik China, Nio. Khabarnya, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Nio, Li Bin ada melabur dalam Lotus Technology.

Kilang Lotus di Wuhan, China adalah 15 kali lebih tinggi kapasiti pengeluaran berbanding premis di Hethel. Ia juga akan menjadi lokasi ibu pejabat Lotus Technology menjelang 2024. Saiz kilang itu dikatakan seluas 1 juta meter persegi dan menjadi kilang pertama dunia yang ada ‘litar ujian pintar’.

Khabarnya, kereta boleh pandu sendiri ke dalam bengkel tanpa campur tangan manusia dan boleh memandu sehingga 225kmj di litar 16 selekoh tersebut.

BACA >>> Harga Kereta Elektrik Turun Hampir 50 Peratus di China, Dapat Beli Semurah RM8.3k
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapakah Lintasan Pejalan Kaki Ada Warna Putih dan Kuning?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Tayar Bajet Tahan Lebih Lama Berbanding Tayar Prestasi?
BACA >>> Lotus Emira (2022) Didedah, Bakal Guna Enjin 2.0L Mercedes-AMG
BACA >>> Lotus Bakal Keluarkan Hypercar Elektrik Harga RM10 juta?

SUMBER: AutoCar

Related

71
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Li Bin, Lotus, Lotus Kilang Wuhan, Lotus Technology

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my