• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Orang Perak Boleh Konvoi, Tapi Kena Mohon MKN, Polis

Orang Perak Boleh Konvoi, Tapi Kena Mohon MKN, Polis

August 30, 2021 By Shawkath Leave a Comment

308
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AKTIVITI konvoi kenderaan dibenarkan di Perak, khasnya untuk sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Bagaimanapun, acara konvoi itu perlu mendapat kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengarah MKN Perak, Khairul Ridzuan Mat Said berkata, permohonan kebenaran adalah untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi untuk mencegah penularan Covid-19.

BACA >>> Aktiviti Permotoran Bukan Maksud Dibenarkan Konvoi, Boleh Kena Kompaun RM5k

Kebenaran itu juga bertujuan memastikan aktiviti berlangsung dalam keadaan terkawal, mengetahui lokasi dan tujuan sebenar pergerakan diadakan.

Beliau berkata lagi;

Apabila kita berkumpul beramai-beramai seperti aktiviti konvoi, susah untuk menjaga penjarakan fizikal. Jadi, individu yang bertujuan membuat konvoi dan sebagainya, perlu mendapatkan kebenaran MKN dan PDRM.

"Membuat majlis sebegini akan menjadi kesalahan jika tidak mengikut protokol tertentu digariskan dan ia akan jadi satu amalan seterusnya membuka ruang seolah-olah tiada SOP diamalkan."

Beliau mengulas mengenai permohonan itu kerana dikhuatiri timbul pertikaian daripada pihak yang dihalang melaksanakan konvoi sempena Hari Kemerdekaan pada ketika jabatan Kerajaan pula dibenar melaksanakan aktiviti sama.

Setakat ini, rata-rata permohonan untuk aktiviti konvoi dan perkumpulan sempena Hari Kemerdekaan diterima daripada agensi Kerajaan, tetapi tidak didedahkan jumlahnya.

BACA >>> 15 Penunggang 'Big Bike' Kena Kompaun RM5k Setiap Seorang Sebab Konvoi
BACA >>> Konvoi Presiden Jokowi Beri Laluan Kepada Ambulans Terima Pujian Netizen
BACA >>> #ApaNakBuat: 7 Cara Selamat Tunggang Motor Atas Permukaan Jalan Licin

SUMBER: Harian Metro

Related

308
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Khairul Ridzuan Mat Said, konvoi, Konvoi Merdeka, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak, Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev