• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Akan Lancar Generasi Baharu Vios Pada Ogos 2022?

Toyota Akan Lancar Generasi Baharu Vios Pada Ogos 2022?

August 30, 2021 By Shawkath Leave a Comment

499
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

TOYOTA Vios sememangnya salah satu model popular yang diminati ramai pengguna khususnya golongan pembeli pertama di kebanyakan pasaran, termasuk Malaysia.

Kini, ada khabar baik untuk peminat Vios. Portal Filipina Autoindustriya mendedahkan generasi baharu kereta sedan itu akan tiba pada tahun depan dengan opsyen kelainan trenkuasa.

Generasi Vios sedia ada ialah produk generasi ketiga (XP150) yang mula dihasilkan sejak 2013. Model tahun 2018 dikatakan masih berstatus satu produk naik taraf.

Sumber Autoindustriya mendedahkan model generasi baharu (full model change - FMC) dijadualkan dilancarkan pada Ogos 2022 termasuk di Thailand. 

Apa yang menarik ialah rancangan untuk model baharu Vios itu tidak terjejas meskipun keadaan pandemik semasa dan krisis semikonduktor.

Kod kenderaan untuk generasi keempat Vios atau Yaris Ativ ialah D92A iaitu peralihan daripada kod XP yang digunakan Toyota pada tiga generasi sebelum ini.

Kod itu dilihat agak penting kerana abjad D itu memberi bayangan bahawa ada sentuhan Daihatsu, mungkin penggunaan Arkitektur Global Baharu Daihatsu (DNGA).

Platform DNGA dilihat agak signifikan kerana ia mewakili satu generasi model baharu iaitu pengguna bakal menikmati banyak kemajuan dan penambahbaikan seperti tindak balas pemanduan, pengurangan berat, ketegaran dan sistem keselamatan rempuhan  lebih baik.

Pembaharuan lain juga didakwa akan ada kemunculan varian Vios atau Yaris Ativ hibrid menjelang 0gos 2023 iaitu selepas setahun tawaran enjin pembakaran dalaman (ICE).

Belum ada maklumat mengenai trenkuasa hibrid itu tetapi ia mungkin trenkuasa 1.5 liter hibrid digunkan model Toyota Prius c  atau Aqua.

Langkah itu akan mengikuti strategi Toyota membabitkan Corolla Cross Hibrid dan Corolla Altis Hibrid yang meminjam sistem trenkuasa 1.8L hibrid Prius. Apapun, kita tunggu berita baik daripada Toyota.

BACA >>> UMW Toyota Motor Lancar Vios GR-S, Harga RM97,500
BACA >>> Toyota Corolla - Kereta Paling Laris Dunia, Terjual Setiap 28 Saat
BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Mudah Jaga Tayar Kereta Supaya Tahan Lama
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Perbezaan Penapis Udara Enjin dan Penapis Udara Kabin?
BACA >>> Kajian: 7 Sebab Kenapa Pasangan, Keluarga Kerap Bertengkar dalam Kereta

SUMBER: AutoIndustriya

Related

499
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Toyota Vios, Toyota Vios Generasi ke-4, Toyota Vios Hibrid, UMW Toyota

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my