MODEL hatchback Dacia Sandero muncul sebagai model jualan tertinggi di Eropah bagi bulan Julai 2021, sekali gus memintas kerusi milik Volkswagen Golf (VW Golf).
Sebenarnya, ini bukan kali pertama Dacia Sandero mengalahkan Golf dalam persaingan julan. Semasa debut pada 2008, Sandero menduduki tangga teratas jualan tetapi tidak mampu kekal ranking tersebut.
Model hatchback masih menjadi produk jualan paling laris di Eropah, merangkumi empat daripada lima model dalam carta ranking teratas.
Jualan kenderaan baharu keseluruhan industri susut 24 peratus selepas mencatat pertumbuhan selama empat bulan pada tahun ini. Perubahan itu menunjukkan penurunan minat dan kemampuan membeli kenderaan baharu.
Senario pasaran itu memberi ruang untuk kereta bajet, Dacia Sandero memintas pesaing lain kerana harganya lebih mampu milik untuk mereka yang berpendapatan rendah.
Peralihan kedudukan itu bukan bermaksud Volkswagen mencatat jualan teruk kerana Sandero cuma catat perbezaan jualan sekitar 1,000 unit sahaja dengan Golf.
Volkswagen menguasai tiga daripada lima model jualan paling tinggi di Eropah, walaupun keadaan ekonomi berdepan waktu mencabar. Tempat ketiga jualan hatchback tertinggi ialah Toyota Yaris.
BACA >>> #ApaNakBuat: DIY 14 Cara Tukar Coolant Kereta
BACA >>> #ApaNakBuat: 3 Cara Tukar Tayar Mengikut Peralatan Dalam But
BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Debu Brek Terhasil dan Cara Atasi?
BACA >>> Fakta atau Auta: Benarkah Guna Besi Penyandar Kepala Boleh Pecahkan Cermin Kereta?
Leave a Reply