• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Penjara 3 Bulan, Denda Jika Hisap Rokok Sambil Menunggang Motosikal di Indonesia

Penjara 3 Bulan, Denda Jika Hisap Rokok Sambil Menunggang Motosikal di Indonesia

August 27, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

INDIVIDU yang dikesan menunggang motosikal sambil mengisap rokok boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga bulan selain denda maksimum 750,000 rupiah (RM217) di Indonesia. Bagaimanapun, masih ramai penunggang motosikal dilaporkan berbuat demikian.

Portal Motor Plus-online dalam laporannya menyatakan merokok sambil menunggang atau memandu kenderaan boleh menjejaskan konsentrasi dan ada kemungkinan menyebabkan kemalangan berlaku.

BACA >>> Padah Campak Keluar Puntung Rokok Depan Ketua Polis, Terus Kena Saman Lebih RM2k

Malah sisa rokok termasuk abu atau bara berpotensi terbang di udara dan terkena pengguna jalan raya lain. Malah kejadian terkena sisa rokok dikatakan kerap berlaku.

Isu rokok sambil menunggang motosikal menjadi sebutan semula selepas Pusat Pengurusan Trafik Polda Metro Jaya (Polis Daerah Metro Jaya) memuat naik satu poster memberi peringatan tentang kesalahan itu di Twitter.

Akaun Twitter @TMCPoldaMetro menyatakan larangan merokok sambil menunggang itu sudah termaktub dalam Peraturan Menteri Perhubungan RI (Republik Indonesia) Nombor PM 12 Tahun 2019 Fasal 6.

Fasal itu menyatakan: “Pengemudi dilarang merokok dan melakukan aktifitas (aktiviti) lain yang mengganggu konsentrasi ketika sedang mengendari sepeda motor.”

Portal itu turut memetik laporan Kompas yang menyiarkan kenyataan Ketua Sub Direktorat Gakkum Ditlantas Polda Metro Jaya, Komisioner Polis Muhammad Nasir bahawa merokok sambil memandu juga boleh diambil tindakan.

Hukuman itu merujuk kepada Pasal 283 Undang-Undang Nomor 22 Tahun 2009 tentang Lalu Lintas dan Angkutan Jalan (UU LLAJ) :

“Setiap orang yang mengemudikan kendaraan bermotor di jalan secara tidak wajar dan melakukan kegiatan lain atau dipengaruhi oleh suatu keadaan yang mengakibatkan gangguan konsentrasi dalam mengemudi di jalan sebagaimana dimaksud dalam Pasal 106 ayat (1) dipidana dengan pidana kurungan paling lama 3 (tiga) bulan atau denda paling banyak Rp750.000,00 (tujuh ratus lima puluh ribu rupiah).”

BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Bajet Hilangkan Bau Asap Rokok dalam Kereta
BACA >>> Kereta Meletup Selepas Sembur Pewangi dan Nyala Rokok dalam Kereta

pic.twitter.com/MQBtUrLxdT

— TMC Polda Metro Jaya (@TMCPoldaMetro) August 26, 2021

SUMBER: MotorPlus | Kompas

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: bahaya rokok, Indonesia, Menunggang Sambil Merokok, merokok, tip menunggang selamat, UU LLAJ

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev