• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / BMW M1000RR yang Lebih Berprestasi Kini di Malaysia! Harga RM249.5K

BMW M1000RR yang Lebih Berprestasi Kini di Malaysia! Harga RM249.5K

September 1, 2021 By Wahid Leave a Comment

849
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIDAK dapat dinafikan, S1000RR memang supersport kelas 1000cc yang sangat disukai ramai peminat BMW dan motosikal. Populariti model tersebut dapat dilihat hampir mana-mana saja, terutama di BHP Gombak dan Genting Highlands pada hujung minggu.

BMW Motorrad Malaysia kini memperkenalkan M1000RR. Bagi peminat motosikal BMW, mereka tahu huruf 'M' itu sesuatu yang istimewa kerana bermaksud itu adalah model dengan prestasi dan komponen dipertingkat berbanding model standard.

Bukan itu saja,  M1000RR ini juga model homologasi yang melayakkan  ia mengambil bahagian dalam mana-mana kejuaraan lumba motosikal  pengeluaran seperti Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK).

BACA >>> WorldSBK: Bautista 'Rujuk' Semula Ducati Musim Depan
BACA >>> BMW S1000R Kini di Malaysia, Harga Mula RM105k
BACA >>> BMW Malaysia Lancar R1250GS, R1250GS Adventure, Harga Mula RM119.5k

Berikut spesifikasi M1000RR:

Enjin
  • Dijana enjin 4-silinder sebaris dengan sistem BMW Shiftcam (VVTL) berkuasa 212hp @ 14,500rpm dan tork 113Nm @ 11,000rpm.
  • Perbezaan 3,500rpm antara tork maksimum dan kuasa maksimum bermaksud enjin model ini memberikan pecutan dan 'kuasa lajak' kuat pada revtinggi.
  • Titik merah enjin berada pada 15,100rpm.
  • Had rev setinggi itu memerlukan komponen dalaman enjin yang ringan dan kuat bagi mengurangkan inersia dan geseran.
  • Menggunakan piston tempa Mahle dengan dua gegelang (ring) berbanding piston standed (tiga gegelang).
  • Rod penyambung piston (connecting rod) Pankl dibuat daripada titanium.
  • Kebuk pembakaran diubah suai untuk nisbah mampatan 13.5:1 (lebih baik pakai petrol dengan gred RON tinggi).
  • Liang masukan juga diubah suai untuk edaran gas lebih lancar.
  • Sistem ekzos titanium baharu.
Casis
  • Casis M1000RR juga diubah suai berasaskan pengalaman BMW atas litar.
  • Tinggi paras swingarm boleh diubah.
  • Monoshock belakang Full Floater Pro.
  • Kelenturan frem dioptimumkan, termasuk pembahagian berat casis antara depan dan belakang.
  • Penggunaan sayap aerodinamik M untuk menghasilkan daya tujahan roda depan pada halaju tinggi.
Sistem elektronik
  • Ada mod baharu: Rain, Road, Dynamic, Race, dan Race Pro (tahap 1 hingga 3).
  • Kawalan Traksi Dinamik (DTC) dengan fungsi kawalan wheelie berasaskan unit unjuran inersia (IMU) 6-paksi.
  • Kawalan terotel boleh laras 2-tahap.
  • Kawalan brek enjin 3-tahap dalam mod Race Pro.
  • Disediakan ciri Shift Assistant Pro (fungsi Quick Shifter untuk anjakan gear tanpa menarik tuil klac).
  • Klac jenis antilompat (antihopping clutch).
  • Kawalan Luncur (Launch Control).
  • Kawalan Pengehad Halaju Pit (Pit-Lane Limiter).
  • Kawalan Daki Bukit (Hill Start Control Pro).
  • Panel meter TFT 6.5 inci untuk paparan lebih jelas.
  • Pemuka OBD bagi memasukkan kod untuk mengaktifkan fungsi perakam data M GPS dan masa lap M GPS menggunakan sistem navigasi.
  • Brek jenis M sebagai ciri standard.
  • Rim karbon M.
  • Bateri lithium M.
  • Soket pengecas USB.
  • Penggera dan sistem antikecurian.
Stok dan Harga

M1000RR boleh dibeli dalam hanya satu skema warna, BMW Motorrad Motorsport M Package yang menggabungkan warna Light White (putih), Racing Blue Metallic (biru) dan Racing Red (merah).

Model ini sudah dipamerkan di cawangan BMW Motorrad Malaysia sah sejak 27 Ogos lalu.

Harga atas jalan RM249,500, tidak termasuk insurans. Setiap pembelian dipakejkan bersama waranti tiga tahun dan Program Bantuan jalan tiga tahun, disediakan BMW Motorrad Malaysia. Pemilik boleh juga menikmati manfaat tambahan seperti rangkaian servis seperti Inklusif Minyak Enjin Premium, Inklusif Servis, serta Program Lanjutan Waranti.

Maklumat lanjut mengenai program tersebut boleh didapati di https://www.bmw-motorrad.com.my/en/service/warranty.html.

BMW Motorrad juga menawarkan Pelan Pembiayaan melalui BMW Group Financial Services Malaysia. Melalui pelan ini, anda cuma membayar RM3,040 sebulan selama 4 tahun melalui anggaran "balloon financing" untuk pembiayaan 80 peratus.

bmw-m1000rr-malaysia-1
bmw-m1000rr-malaysia-2
bmw-m1000rr-malaysia-3
bmw-m1000rr-malaysia-4
bmw-m1000rr-malaysia-5
bmw-m1000rr-malaysia-6
bmw-m1000rr-malaysia-7
bmw-m1000rr-malaysia-8
bmw-m1000rr-malaysia-9
bmw-m1000rr-malaysia-10

Related

849
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BMW, BMW M1000RR, BMW Motorrad Malaysia, roda2, superbike, supersport

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev