GPX Thailand meluaskan barisan kapcai jenama itu dengan memperkenalkan siri GPX Rock Classic (2022) dalam lima pilihan warna ceria pada harga 39,500 baht (RM5,050).
Lima warna pilihan itu ialah Deep Blue (biru), Chocking Pink (merah jambu), Orange (oren), Luminous Yellow (kuning) dan SatinSilver (perak).
BACA >>> #ApaNAkBuat: Bagaimanakah Cara Laras Cermin Sisi Motosikal dengan Betul?
BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Debu Brek Terhasil dan Cara Atasi?
Berikut perincian Rock Classic (2022):
- Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal SOHC 109cc penyejukan udara dan teknologi suntikan bahan api (FI). Tiada data output kuasa dan tork didedahkan, manakala kotak gear klac automatik 4-kelajuan.
- Sistem lampu depan, signal belok, lampu siang (DRL) dan lampu brek jenis LED.
- Panel meter jenis digital penuh dengan lampu latar LED.
- Memiliki berat 100kg, dan kapasiti tangki minyak petrol 4 liter.
- Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik (depan) dan absorber kembar (belakang).
- Sistem brek dipasangkan brek cakera 200mm (depan) dan brek dram (belakang).
- Tinggi pelana 780mm, jarak lega bumi 150mm, dan jarak roda 1,230mm.
- Roda dipasangkan rim aloi 17 inci dan tayar 2.25 (depan) dan 2.50 (belakang).
- Saiz sproket 15 (depan) dan 36 (belakang).
BACA >>> GPX Malaysia Lancar Sportbike Demon GR200R (2021), Harga RM11.3k!
BACA >>> MForce Perkenal Dua Varian SYM Jet X 150 (2021), Harga Mula RM8.8k!
SUMBER: GPX Thailand | Facebook
Leave a Reply