HARGA runcit bagi minyak petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada harga RM2.05 dan RM2.15 seliter berkuat kuasa tengah malam ini (esok) hingga 1 September 2021.
Apa yang menarik, harga petrol RON97 pula menyaksikan penurunan 2 sen, daripada 2.74 sen seliter kepada RM2.72 seliter.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan menyatakan harga runcit produk petroleum adalah dibuat secara mingguan mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM). Pendekatan itu diambil bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.
Justeru Kerajaan memutuskan untuk mengekalkan paras harga siling harga runcit RON95 RM2.05 seliter, manakala diesel RM2.15 seliter.
Kenyataan sama mendedahkan harga pasaran sebenar kedua-dua produk petroleum itu sebenarnya meningkat melebihi harga paras siling ditetapkan.
Leave a Reply