SUZUKI Malaysia melancarkan enam model motosikal baharu untuk pasaran tempatan yang boleh didapati menerusi pengedar rasmi seluruh negara.
Sebagai permulaan, Suzuki tampil dengan produk kelas kapasiti sederhana dan besar, terdiri daripada model supersport prestasi tinggi, naked bike, advencer dan roadster. Semua model adalah unit import (CBU) dari Jepun.
Berikut perincian model baharu dilancarkan Suzuki Malaysia:
GSX-R1000 dan GSX-R1000R
- Harga disyorkan tanpa insurans dan pendaftaran ialah RM99,289 hingga RM110,289.
- Pilihan warna ialah Metallic Triton Blue / Metallic Mystic Silver (biru-perak) khas untuk GSX-R1000R. Ada juga skema Metallic Matte Black untuk kedua-dua varian.
- Menggunakan frem aluminium lebih ringan dengan pakej badan aerodinamik.
BACA >>> Suzuki GSX-R1000R (2022) Kini dengan Pilihan Warna Baharu, Jepun Sahaja, Harga RM75k
KATANA (GSX-S1000S)
- Harga disyorkan RM77,989, tanpa insurans dan pendaftaran.
- Ada dua warna pilihan, Metallic Mystic Silver (perak) dan Glass Sparkle Black (hitam).
- Trenkuasa seperti model GSX-R1000R generasi tersahulu dengan transmisi manual 6-kelajuan BERkuasa 147hp @ 10,000rpm dan tork 108Nm @ 9,500rpm.
- Menggunakan sistem lampu LED penuh dan panel meter multifungsi. Hadir dengan pelbagai sistem dan teknologi bantuan tunggangan.
BACA >>> Suzuki Katana Limited Edition (2021) dengan Warna Baharu Lancar, Dijual 100 Unit Sahaja
GSX-S750
- Harga disyorkan RM40,989, tanpa insurans dan pendaftaran.
- Ada dua warna pilihan, Metallic Triton Blue / Glass Sparkle Black (biru hitam) dan Metallic Oort Gray/Glass Sparkle Black (kelabu hitam).
- Trenkuasa 4-lejang 4-silinder 749cc DOHC penyejukan cecair dan teknologi suntikan bahan api Suzuki (SFI) dengan SDTV berkuasa 113hp dan tork 81Nm. Transmisi klac basah multiplat manual 6-kelajuan.
- Sistem suspensi jenis fork terbalik (USD) Kayaba (KYB) di depan dan monoshock (belakang).
- Hadir bersama Sistem Kawalan Traksi Termaju Suzuki (SATC) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). SATC ada tiga mod iaitu:
- Mod 1: Tahap sensitiviti paling rendah, sesuai untuk penunggang paling mahir atau atas permukaan jalan dengan cengkaman baik.
- Mod 2: Tahap sensitiviti sederhana, sesuai untuk majoriti penunggang, atau kondisi jalan jalan raya yang pelbagai.
- Mod 3: Tahap sensitiviti paling tinggi, sesuai untuk kondisi jalan raya yang kurang cengkaman (basah atau sejuk).
- Off: Ciri dibatalkan.
- Sistem brek cakera kembar Nissin dengan kaliper 4-piston di depan dan cakera tunggal Nissin dengan kaliper piston tunggal di belakang.
BACA >>> Suzuki Perkenal GSX-S750 (2021) dengan Seragam Baharu Lebih Agresif
V-STROM 650XT
- Harga disyorkan RM37,989, tanpa insurans dan pendaftaran.
- Warna pilihan: Candy Daring Red / Glass Sparkle Black (merah hitam) dan Champion Yellow (kuning)
- Bersifat versatil, reliabel, tahan lasak dan sesuai untuk tunggangan dwi-guna (atas jalan dan off-road).
- Lebih ringan, iaitu 216kg.
- Trenkuasa 4-lejang 2-silinder (V-Twin) 645cc DOHC penyejukan cecair dan teknologi suntikan bahan api, manakala transmisi klac manual 6-kelajuan.
- Visor angin boleh laras tiga tahap dan ada gad tangan, kowl bawah enjin, rim jejari dan tayar tiubles serta tangki minyak sebesar 20 liter.
- Panel meter kombi, iaitu takometer analog dan spidometer digital.
BACA >>> Suzuki V-Strom 650 XT Adventure (2021) Kini Berwarna Baharu, Harga RM42k
SV650
- Harga disyorkan RM37,289, tanpa insurans dan pendaftaran.
- Warna pilihan: Pearl Brilliant White / Glass Sparkle Black (putih hitam).
- Frem trellis lebih ringan untuk tunggangan sporty dengan berat cuma 198kg.
- Trenkuasa jenis 4-lejan 2-silinder 645cc DOHC penyejukan cecair dan teknologi suntikan bahan api. Sistem transmisi klac manual 6-kelajuan.
- Sistem ekzos diubah posisi untuk menambah sudut miring ketika mengambil selekoh.
- Sistem brek cakera kembar 290mm dengan kaliper Tokico di depan dan cakera tunggal di belakang.
- Dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), sistem bantuan rev rendah dan beberapa teknologi lain.
Semua model boleh didapati di bilik pameran Suzuki Big Bike World dan Suzuki Station Plus seluruh negara. Setiap motosikal Suzuki hadir dengan waranti pengilang dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km, mana satu tiba dulu.
BACA >>> Suzuki SV650 ABS (2020) Lancar di Jepun, Cuma Kemas Kini Warna Seragam
Leave a Reply