SUZUKI Thailand memperkenalkan varian Swift GL Plus Special Edition (2021) yang hadir dengan pakej kit badan lebih sporty, harga bermula serendah 567,000 baht (RM72,852).
Swift ialah model paling laris Suzuki di Thailand, mencatat jumlah jualan terkumpul 139,477 unit sejak 2010. Berikut ialah perincian mengenai varian Swift GL Plus Special Edition:
- Ada enam warna pilihan iaitu Ablaze Red Pearl, Star Silver Metallic Mineral, Dark Gray Metallic, Super Black Pearl, Speedy Blue Metallic dan Pure White Pearl.
- Harga kenderaan bermula serendah 567,000 baht. Untuk pilihan warna Pure White Pearl, harganya lebih mahal iaitu 572,000 baht (RM73,320).
- Trenkuasa jenis (kod K12M) 4-silinder petrol 1.2 liter dengan teknologi suntikan bahan api berkembar DualJet, menghasilkan kuasa 83hp @ 6,000rpm dan tork 108Nm @ 4,400rpm. Transmisi digunakan ialah CVT.
- Suzuki Swift GL Plus menggunakan varian GL sebagai model asas dan ditambah pakej kit badan lebih segar membabitkan set bampar dan skirt sisi baharu, splitter bawah bampar depan yang disambung hingga ke arca roda berwarna hitam.
BACA >>> Suzuki Swift Sport (2021) Kini di Malaysia! 140hp, 230Nm, Harga RM139.9k!
- Bampar belakang ditambah peresap (diffuser) dan ada tambahan spoiler yang diintegrasi bersama lampu brek ketiga. Tambahan lain ialah antena sirip yu dan liveri baharu.
- Kabin kekal sama seperti varian GL. Mempunyai komponen standard seperti sistem pemain cakera padat (CD) dengan sokongan fail MP3 dan WMA, ada sambungan USB dan AUX dan soket kuasa 12V.
BACA >>> Suzuki Jimny Masuk Malaysia Ogos ini, Swift Standard Tahun Depan?
- Hadir dengan sistem penyaman udara automatik, cermin belakang dengan fungsi penyelarasan siang malam, sistem kemasukan tanpa kunci, butang pemula dan bonet belakang kuasa elektrik.
- Lampu depan jenis halogen multi reflektor dengan lampu siang (DRL) LED yang dipasang pada bampar depan, lampu belakang jenis LED. Tiada lampu kabus.
- Aspek keselamatan merangkumi dua beg udara SRS depan, palang penghadang impak sisi, sistem kunci automatik, sistem agihan daya brek (EBD) serta sistem kawalan kestabilan (ESP).
BACA >>> Suzuki Umum Pelan Ibu Pejabat Perniagaan EV, Swift Elektrik Akan Muncul?
BACA >>> Kereta Suzuki Kembali di Malaysia! Kini di Bawah Naza Eastern Motors
BACA >>> #RetroAuto: Suzuki Wagon R+ Kompak dari Jepun yang Pernah Laku Keras di UK
BACA >>> Suzuki Swift Attitude SE - 350 Unit Sahaja dengan Enjin Hibrid, Gear Manual
SUMBER : Suzuki
Leave a Reply