• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Selepas 25 Tahun Bertahan, Nissan Sentra B13 Akhirnya Ditamatkan Pengeluaran

Selepas 25 Tahun Bertahan, Nissan Sentra B13 Akhirnya Ditamatkan Pengeluaran

October 28, 2016 By Han Othman Leave a Comment

911
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

nissan-sentra-b13
INGAT lagi Nissan Sentra B13 (1990-1994) yang menjadi asas kepada kemunculan legenda Nissan B13 SE-R yang serba menggiurkan? Sayangnya, model antara terbaik pernah dihasilkan Nissan itu bakal berkubur selama-lamanya.

Jangan bimbang, Nissan Sentra B13 yang anda miliki sekarang tidak akan diapa-apakan. Cuma anda tidak dapat lagi membeli model baharu tersebut - yang berada di pasaran sejak 25 tahun lalu - disebabkan campur tangan Kerajaan. Bukan Malaysia, tetapi Mexico.

Sebenarnya, Nissan Sentra B13 memang sudah lama tidak dijual di pasaran negara ini. Malah, di Amerika Syarikat pun model itu sudah dihentikan pengeluaran sejak 1994. Namun, Nissan Sentra B13 masih dijual di Mexico dengan nama Nissan Tsuru. Bagusnya, model itu kekal popular. Apa mahu dihairankan, model asas Nissan Tsuru (atau Sentra) boleh dibeli pada harga AS$7,000 (RM29,371) sahaja. Pembeli juga tidak perlu fikir panjang membelinya kerana kos penyenggaraan kereta itu di Mexico memang mudah dan murah.

nissan-tsuru-1
nissan-tsuru-2

Bagaimanapun, Kerajaan Mexico baru-baru ini meluluskan undang-undang keselamatan baharu yang menetapkan beg udara dan sistem brek anti-kunci (ABS) sebagai syarat sesebuah kereta boleh dijual di negara itu. Malangnya, Nissan Tsuru langsung tidak menepati syarat berkenaan.

Hmmm, setiap yang datang akan pergi. Selamat tinggal Nissan B13. Trima kasih kenangan 25 tahun yang dikongsi bersama! Pencenlah dengan aman dan jangan lupa kirim salam kepada Volkswagen Beetle original. 😛

KEMAS KINI

Berita penutupan pengeluaran Nissan Sentra B13 sudah diuar-uarkan pada 17 Ogos lalu. Hari ini, Nissan secara rasmi mengesahkan rancangan membatalkan pemberhentian pengeluaran Tsuru. Sebaliknya, mengumumkan akan membina 1,000 unit Nissan Tsuru edisi peringatan, tetapi pengeluar automobil Jepun itu tidak pula menjelaskan apakah ciri yang membuatkan model itu istimewa.

Apakah Sentra gaya lama dalam versi lebih selamat bakal muncul di pasaran?

SUMBER: RoadandTrack

Related

911
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Nissan, Nissan B13 SE-R, Nissan Sentra, Nissan Sentra B13, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev