• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / WorldSBK: Bautista 'Rujuk' Semula Ducati Musim Depan

WorldSBK: Bautista 'Rujuk' Semula Ducati Musim Depan

August 26, 2021 By Wahid Leave a Comment

65
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PELUMBA Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK), Alvaro Bautista dikhabarkan kembali beraksi bersama pasukan Ducati musim depan.

Berita itu agak mengejutkan kerana Bautista dan pasukan Aruba.it Ducati sebelum ini dilaporkan berpisah secara tidak mesra pada penghujung musim 2019. Tahun itu juga sebenarnya ialah musim pertama Bautista berpindah ke kelas WorldSBK dari MotoGP.

Bersama Ducati, Bautista memenangi 11 perlumbaan pertama dan lima lagi untuk menjadikan 16 kemenangan kesleuruhan pada musim itu dengan menunggang jentera Ducati Panigale V4 R. Malangnya, dia kerap terjatuh atau membuat kesilapan dalam perlumbaan seterusnya hingga pungutan matanya diatasi pelumba Kawasaki Racing Team WorldSBK, Jonathan Rea, yang akhirnya menjadi juara WorldSBK 2019.

Aksi tidak konsisten Bautista (kanan) bersama Ducati menggagalkan usaha menyekat Rea.

Dia kemudian berhijrah ke pasukan Honda yang mempertaruhkan jentera CBR1000RR-R serba baharu untuk musim 2020. Namun, pasukan disokong HRC (Honda Racing Corporation) itu tidak mendapat keputusan cemerlang seperti diharapkan walaupun menggunakan khidmat pelumba berpotensi besar seperti Bautista dan Leon Haslam. Pasukan itu hanya meraih satu podium dalam dua musim.

Ducati pula, pasukan itu menggantikan pelana Bautista dengan Scott Redding yang menunjukkan aksi agak cemerlang sepanjang 2020 dengan meraih lima kemenangan dan sembilan podium. Namun, dia masih tidak berupaya menyekat penguasaan Rea dan Kawasaki. Rakan sepasukan Redding, Chaz Davies pula hanya mampu menang dua perlumbaan.

Bagi musim 2021 yang masih sedang berlangsung, pelumba Yamaha dari Turki, Toprak Razgatlioglu kini sedang menguasai ranking teratas, disusuli Rea ke-2 dan Redding ke-3.

Situasi itu membuatkan Bautista dan Ducati seperti hilang arah apabila mereka berpisah. Adakah "rujuk kembali" ini dapat membuahkan hasil lebih baik? Sama-sama kita nantikan.

Related

65
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Alvaro Bautista, Ducati, Jonatahn Rea, Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK), Scott Reading, sukan permotoran, Toprak Razgatlioglu, WorldSBK 2021, WSBK 2021

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev