MEMILIKI barang impian memang jadi cita-cita banyak orang, termasuk kenderaan.
Pelbagai cara dilakukan bagi memenuhi impian memiliki kenderaan idaman dan inilah dilakuakn seorang warga Indonesia, Daniel Budi yang berjaya membeli skuter impiannya secara tunai hasil kegigihan menabung selama dua tahun!
Daniel membeli skuter Yamaha Lexi 125 dengan menggunakan wang syiling yang dibungkus dalam bungkusan kantung dan dibawa ke pengedar Yamaha di Mataram, Jawa Tengah.
BACA >>> Komaki XGT X5 - Skuter Elektrik untuk Penunggang OKU, Warga Emas India
BACA >>> Kymco KRV 180 Lancar, Skuter Maksi Urban dengan Gaya Sporty!
Walaupun mengambil masa untuk mengiri semua wang tersebut, wakil pengedar Yamaha Mataram Sakti Setiabudi tetap menerima cara pembayaran unik Daniel dan pekerjanya sanggup mengira wang dikumpulkan itu hingga selesai.
Pengurus Yamaha Mataram Sakti Setiabudi, Ayuni Wulan berkata;
Menerima bayaran pembelian motosikal secara tunai bukanlah asing bagi kami, tetapi dengan wang pecah yang banyak adalah perkara baru kami. Tambahn lagi dalam keadaan pandemik hari ini, tetapi kami terima dengan penuh syukur dan mengira dengan hati-hati mengikut standard protokol kesihatan ketat."
Apa yang unik dengan duit tabung Daniel? Wang dibawa lelaki itu datang dalam pelbagai jenis, daripada syiling 500 rupiah dan 1,000 rupiah hingga wang kertas 1,000, 2,000, 5,000 dan 10,000 rupiah.
Daniel berkata, wang tabungan itu dikumpul selama setahun tujuh bulan yang diambil daripada perbelanjaannya.
Pentingnya, saya mesti menabung setiap hari, tidak kira bera pun nilainya. Kereta dengan menggumpulkan wang sedikit demi sedikit, maka saya optimis keinginan saya memiliki Yamaha Lexi akan ada,” kata Daniel.
Tempoh mengira semua wang tabungan Daniel itu mengambil masa lima jam dengan jumlah keseluruhan 22 juta rupiah (RM6,450).
Lexi dilancarkan di Indonesia pada 2018 dan harga atas jalan di pasaran republik itu ialah 24.7 juta rupiah (RM7,240). Model itu termasuk dalam barisan skuter maksi Yamaha dengan kapasiti enjin paling kecil, 125cc dan dilengkapkan ciri terkini seperti lampu hazard, ruang simpanan bawah pelana luas, dan port pengecas, manakala enjin menggunakan teknologi BlueCore Yamaha yang jimat minyak.
Apapun, kegigihan Daniel menabung untuk memiliki motosikal impian wajar dijadikan telasdan, terutama kepada golongan muda Malaysia yang kebanyakannya cenderung mahu berhutang. Kata orang, takkan sama geran di tangan dan geran di kedai motor.
BACA >>> Yamaha Lexi S 'Maxi Signature' Kini dengan Kemasan Keemasan
BACA >>> Ola S1 - Skuter Elektrik Teknologi Tinggi, Ada Arahan Suara, Harga Mula RM4.5k!
SUMBER: AutoNetMagz.com
Leave a Reply