• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Masalah Bekalan: Toyota Kurangkan Pembuatan Kenderaan September Depan

Masalah Bekalan: Toyota Kurangkan Pembuatan Kenderaan September Depan

August 20, 2021 By Shawkath Leave a Comment

156
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA yang juga antara pengeluar automotif terbesar dunia mengumumkan pelan mengurangkan pengeluaran kenderaan sebanyak 40 peratus bermula bulan depan.

Keputusan itu dibuat berikutan   masalah kekurangan komponan dan cip akibat penularan pandemik Covid-19 di Asia Tenggara.

Terdahulu, Toyota menjadi pengeluar pertama yang tidak terkesan dengan masalah kekurangan komponen kerana belajar daripada tragedi nuklear Fukushima 2011.

BACA >>> Krisis Bekalan Cip Semikonduktor: Apakah Puncanya? Malaysia Sajakah yang Terkesan?
BACA >>> Krisis Cip Semikonduktor, Giliran Ford Pula Tutup Kilang

Kilang Toyota Takaoka - 1
Kilang Toyota Takaoka - 0

Toyota sebenarnya ada membuat simpanan stok cip yang agak besar bagi menampung operasi hingga kini. Bagaimanapun, situasi pandemik yang berlarutan sudah mula memberi kesan.

Toyota dilaporkan akan mengurangkan pembuatan kenderaan baharu kepada 540,000 unit untuk September ini berbanding sasaran asal, sekitar 900,000 unit.

Kilang Toyota Takaoka - 2
Kilang Toyota Takaoka - 3

Sebenarnya, hampir setiap pengeluar mengalami masalah sama seperti Toyota, atau mungkin belum mendedahkan situasi semasa, termasuk pengeluaran.

Toyota dalam kenyataan menjelaskan operasi 27 barisan pengeluaran di 14 kilang seluruh dunia akan dihentikan sementara September ini.

Pengeluar itu ketika ini memiliki 14 kilang dan 28 barisan pengeluaran yang mana satu-satunya barisan pengeluaran aktif ialah kilang San Antonio, Texas, Amerika Syarikat dengan meneruskan pembuatan trak pikap model Tacoma dan Tundra.

BACA >>> Krisis Cip Semikonduktor: Land Rover Hentikan Pengeluaran di Slovakia
BACA >>> Krisis Covid-19: Pengeluar Motosikal India Lanjut Tempoh Waranti, Servis Percuma
BACA >>> Negara Rugi RM2.1b Sehari, Sebab itu Tidak Boleh Total Lockdown

SUMBER: TheDrive | Toyota | CNet

Related

156
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Global, Fukushima 2011, Masalah Bekalan Mikrocip, Masalah Komponen, Pengeluaran Toyota 2021, Roda4, Toyota

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev