CFMOTO Malaysia, hari ini mengumumkan debut roadster neo-retro, 700CL-X Heritage untuk pasaran tempatan yang akan dijual pada harga RM28,8000.
Model tersebut akan dipasarkan bagi memenuhi permintaan peminat motosikal segmen klasik moden kelas pertengahan. Berikut spesifikasi ringkas 700CL-X Heritage:
- Dijana enjin 2-silinder sebaris 693cc penyejukan cecair berkuasa 74hp @ 8,500rpm dan tork 68Nm @ 6,5000rpm.
- Frem jenis aluminium aloi, tinggi pelana 800mm, kapasiti tangki minyak 13 liter dan berat kerb 196kg.
- Dilengkapkan ciri klac antigelincir (slipper clutch).
- Bahagian roda dipasangkan tayar Pirelli MT60 RS 110/80 R18 (depan) dan 180/55 R17 (belakang).
- Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang, kaliper brek radial di depan dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) sebagai standard.
- Brek cakera tunggal di depan dan belakang, jenis kombi (CBS) dan dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
- Dilengkapi sistem kawalan jelajah yang boleh diaktifkan menggunakan satu butang. Penunggang juga diberikan dua mod enjin, ECONOMY atau SPORT yang boleh diakses menerusi panel meter skrin LCD TFT monokrom.
- Sistem lampu jenis LED penuh untuk lampu depan (kawalan automatik), lampu siang (DRL), lampu belakang dan lampu signal belok (off automatik).
- Didatangkan dalam warna Twilight Blue/ Coal Grey (biru/kelabu).
Pendapat kami, ciri ditawarkan 700CL-X Heritage memang terbaik walaupun berharga mampu milik, bermula RM28,800.
Sepatutnya tidak wujud lagi perasaan was-was terhadap jenama CFMot0 yang sudah mendapat sambutan ramai peminat motosikal sedunia menerusi rekabentuk tersendiri, dan teknologi terkini. Kebangkitan CFMoto diperkuatkan lagi apabila mendapat mandat untuk membina enjin KTM LC8 890cc di China bagi memenuhi pasaran eksport rantau Asia Pasifik.
BACA >>> CFMoto Persiap Sportbike 250SR-R Baharu dengan Swingarm Sebelah, Winglet
BACA>>> CFMoto 800 MT Dijangka Perkenal Dua Varian, Off-Road dan Dual-Sport
Leave a Reply