• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Dodge Viper Limusin 12 Tempat Duduk Dijual RM572k?

Dodge Viper Limusin 12 Tempat Duduk Dijual RM572k?

August 19, 2021 By Shawkath Leave a Comment

146
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KERETA sport Dodge Viper yang diubah suai menjadi sebuah limusin 12 tempat duduk dilaporkan sudah dijual pada harga AS$135,000 (RM572,535) di laman eBay baru-baru ini.

Menurut laporan, kereta yang digunakan itu adalah model generasi kedua Dodge Viper RT / 10 dan didaftarkan kegunaan atas pada 1996. Kerja modifikasi yang menghasilkan limusin sepanjang 7.62 meter.

Ada laporan mendakwa kereta itu dipercayai tidak dipasang televisyen, sudut bar atau hiasan bersifat kemewahan. Apa yang ada cuma 12 tempat duduk dengan konsep open air.

Dodge Viper 1996 Limusin - 0
Dodge Viper 1996 Limusin - 1

Trenkuasa masih dalam keadaan tulen iaitu petrol 8.0 liter V10 menawarkan kuasa 415hp dan tork 662Nm. Masa pecutan ke 100km sebelum ini ialah 4.6 saat dengan kelajuan maksimum 264kmj.

Bagaimanapun, dengan tambahan kerusi dan saiz, data prestasi itu sudah pastinya berubah secara mendadak. Apatah lagi dengan tambahan berat yang meningkatkan penggunaan minyak petrol.

Dodge Viper 1996 Small Limusin - 0
Dodge Viper 1996 Small Limusin - 1

Limusin putih jalur biru itu sudah dipandu sejauh 9,500km dan digunakan untuk tujuan pengiklanan, rancangan televisyen serta acara khas.

Pengeluaran Viper sudah ditamatkan pada 2017 dan ada beberapa unit lagi masih belum dijual di tangan pihak pengedar. Jika melihat pada iklan di eBay, Viper itu dibuka untuk bidaan tetapi tidak dibida. Malah acara bidaan pun sudah tamat. Mungkin ada peminat membelinya secara terus dengan pihak penjual?

BACA >>> Toyota Corolla AE86 GT (1987) Milik Gadis Putus Cinta Ini Dilelong RM271k!
BACA >>> Toyota Supra Dipandu Paul Walker dalam Fast & Furious Dilelong RM2.3 Juta!
BACA >>> Yamaha Powa D10 (1988) - Sportbike Futuristik Edisi Terhad yang Lelong Tak Laku

Sumber: Motor1 | eBay

Related

146
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Dodge Viper Limusin, Dodge Viper RT / 10, eBay, Modifikasi, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
    SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev