JENAMA Bimota dalam dunia motosikal mungkin hanya dikenali kalangan peminat tegar. Jenama asal Itali ini adalah antara pengeluar yang tidak gentar memperkenalkan model dengan rekabentuk radikal, unik dan tersendiri.
Sejarah Bimota
Sebelum kita teruskan, apa kata kita menyelami sejarah Bimota supaya sedikit-sebanyak kita faham mengenai konsep dan falsafah rekabentuk jenama itu.
Bimota diasaskan pada 1973 di Rimini, Itali hasil kerjasama tiga sahabat, Valerio Bianchi, Giuseppe Morri dan Massimo Tamburini dengan mengunakan dua huruf di depan setiap nama akhir masing-masing bagi memberikan nama syarikat, iaitu BIanchi, MOrri, TAmburini.
BACA >>> Prototaip Ducati 916 Milik Massimo Tamburini Ditayangkan di Muzium Ducati
BACA >>> Angka Kuasa Bimota Tesi H2 Didedahkan, Lebih Pantas daripada Kawasaki Ninja H2?
Misi utama Bimota adalah menghasilkan frem motosikal yang lebih baik untuk enjin yang sedia ada di pasaran. Mereka memulakan projek dengan mengambil enjin model-model Honda, Suzuki dan Kawasaki serta kemudian turut menggunakan enjin jenama motosikal seperti Ducati dan Yamaha.
Motosikal-motosikal yang dihasilkan menggabungkan nama Bimota dan jenama yang digunakan. Contonya: Bimota HB1 yang menggunakan enjin Honda, dan Bimota DB1 yang menggunakan enjin Ducati serta lain-lain.
Mendiang Tamburini ialah individu paling menyerlah dalam kalangan tiga sahabat itu kerana beliau juga seorang jurutera yang bukan sekadar pandai merekabentuk sesebuah frem, tetapi juga mampu menghasilkan sesebuah frem dengan tangan sendiri. Tamburini turut bertanggungjawam merekabentuk beberapa model Bimota.
Beliau dikatakan dipaksa Morri untuk keluar dari syarikat itu pada 1984. Tamburini kemudian berhijrah ke Ducati dan menghasilkan beberapa model ikonik seperti 851, 888, dan 916 ketika Ducati berada di bawah naungan Cagiva.
Inilah sebab kenapa terdapatnya pelekat C.R.C. (Cagiva Research Centre) pada model Ducati awal 1980-an hingga pertengahan 1990-an. Beliau kemudian mengikuti Cagiva apabila dua jenama itu berpecah. Cagiva kemudian menjadi MV Agusta yang mana beliau merekabentuk sebuah lagi motosikal ikonik, iaitu MV Agusta F4.
Berbalik kepada Bimota, syarikat itu meneruskan perniagaan seperti mana dilakukan sebelum ini dengan menggajikan beberapa pereka dan jurutera baharu. Namun, perniagaan motosikal seperti dilakukan Bimota bukan memerlukan kos pembuatan tinggi kerena mereka perlu membeli sesebuah motosikal untuk diambil enjin model tersebut.
Ini kerana tiada pengeluar motosikal yang hanya mahu menjualkan enjin kepada Bimota.
Namun, beberapa projek Bimota mendapat sanjungan banyak pemerhati kerana sentuhan jenama itu menawarkan kualiti pengendalian terbaik baik. Ini dibuktikan apabila beberapa jentera Bimota memenangi perlumbaan dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK).
Berikut model-model legenda Bimota:
1. Bimota HB1 (1974–75)
Mendiang Tamburini pernah berlumba menggunakan jentera Honda CB750 di Misano. Malangnya, beliau terjatuh dalam perlumbaan tersebut yang menyebabkan dia patah tulang rusuk, sekali gus mendorong beliau mengghasilkan frem lebih baik untuk enjin Honda yang sudah sedia baik.
Malah, beliau sendiri yang menghasilkan frem baharu yang lebih kukuh, dan kuat serta memapu memberikan kualiti pengendalian lebih baik. Hasilnya, berat motosikal pertama Bimota, HB1 dapat dikurangkan sebanyak 55kg, dan turut dijual kepada beberapa pelanggan.
BACA >>> Honda CB1100 RS 5Four (2019) Sempena Tribut CB750 yang ke-50 Tahun
2. Bimota SB2 (1976-77)
Bimota sebenarnya pernah menghasilkan frem perlumbaan untuk Suzuki RG500 yang dikenali sebagai SB1. Namun, model SB2 yang menjadi model jalanan dengan menggunakan enjin Suzuki GS750 sebelum dijual sebagai model motosikal lengkap.
SB2 ialah model radikal pada masan itu kerana menggunakan ekzos bawah pelana, suspensi belakang monoshock dan banyak komponen eksotik lain. Hanya 170 unit SB2 dihasilkan dan kini menjadi buruan pengumpul koleksi motosikal eksotik.
Model itu sebenarnya memperkenalkan fairing penuh dengan penampilan jentera lumba bagi motosikal jalanan.
3. Bimota KB1, KB1 T2 (1978-82)
Bimota berpindah kepada enjin Kawasaki pula dan model pilihan ialah Z1. Ketika itu, enjin 900cc jenis 4-silinder sebaris dihasilkan Kawasaki ialah trenkuasa paling ulung. Ia kemudian dipasangkan pada frem yang dibuat daripada krom molybdenum (seperti apa yang Ducati lakukan pada penghujung abad 1980-an dan seterusnya).
Selain itu, segala komponen casis KB1 menggunakan buatan terbaik seperti fork Marzocchi atau Ceriani, brek depan dwi-cakera besi tuang, rim Campagnolo, dan sebagainya. KB1 dihasilkan lebih ringan 45 kg daripada model Kawasaki asal.
Pada 1981 pula, Bimota menggunakan enjin 1000cc daripada Kawasaki Z1000 dengan menghasilkan model dipanggil KB1 T2. Kelajuan maksimum model itu menjangkau lebih 222kmj!
KB1 juga motosikal jalanan yang mampu membawa pembonceng. Juster, ia menjadi model Bimota paling popular. Sebanyak 319 unit KB1 dan 508 unit KB1 T2 dijual.
BACA >>> Kawasaki Perkenal Z1000 R Edition (2020), Bengis Habis!
4. Bimota DB1, DB1 S, DB1 SR (1985-86)
Bimota mula dikritik peminat motosikal Itali kerana menggunakan enjin Jepun dan bukan produk Itali. Justeru, model DB1 ini ialah jawapannya.
Pada masa tu, mendiang Tamburini sudah berhijrah ke Ducati dan menghasilkan 750 Paso. DB1 ini pula direka Federico Martini (yang berhijrah dari Ducati) dengan menggunakan enjin V-2 daripada model 750 Paso yang sebenarnya berasal daripada Ducati Pantah 750. Lucu atau tidak, itulah kelibat pengeluar motosikal Itali ketika itu.
Seperti Ducati 750 Paso, model DB1 menggunakan fairing penuh yang menutup keseluruhan badan dan enjin motosikal. Ia juga dilengkapi komponen casis terbaik pada masa itu, termasuk menjadi model motosikal yang menawarkan kualiti pengendalian terbaik.
Turut dihasilkan pada tahun-tahun kemudian ialah varian DB1 S dan DB1 SR (walaupun pelekat pada fairing tertera DB1 RS) yang lebih sporty. Model SR mampu memecut 0-400 meter sepatas 11 saat, manakala kelajuan maksimum hingga 232kmj. Jangan lupa, model itu menggunakan enjin V-2 750cc lama!
Model DB1 juga adalah antara model paling banyak dijual Bimota, iaitu sebanyak 453 unit (DB1), 63 unit (DB1 S), dan 153 unit (DB1 SR). Bimota juga menghasilkan DB1 J dengan enjin Ducati 400 SS antara tahun 1986 dan 1987.
Baiklah, kita berhenti di sini dahulu untuk Bahagian 1. Kita akan bersambung lagi bahagian seterusnya nanti.😘😍
BACA >>> #Spyshot: Bimota KB4 Dikesan Isi Minyak di Itali
BACA >>> Spesifikasi Bimota Tesi H2 Bocor? Sama Kuasa, Tetapi Lebih Ringan daripada H2
Leave a Reply