• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Status MotoGP Malaysia 2021? Tunggu Hujung Bulan Nanti...

Status MotoGP Malaysia 2021? Tunggu Hujung Bulan Nanti...

August 17, 2021 By Shawkath Leave a Comment

392
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERSOALAN mengenai status pusingan Kejuaraan Dunia MotoGP di GP Malaysia 2021 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Oktober nanti akan diketahui hujung bulan ini.

Mengikut jadual semasa, perlumbaan MotoGP Malaysia 2021 dijadualkan bermula 22-24 Oktober 2021. Ini tarikh pindaan seminggu lebih awal daripada sepatutnya (29-31 Oktober) berikutan pembatalan GP Australia.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, status penganjuran perlumbaan itu perlu dikaji disebabkan situasi wabak pandemik semasa.

Katanya, SIC masih berbincang dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mencari kata putus mengenai penganjuran perlumbaan tersebut.

BACA >>> SRT Akan Gerak Sebagai Pasukan Bebas Pada Musim MotoGP 2022
BACA >>> Kes Covid-19 Masih Belum Turun, MotoGP Sepang Mungkin Batal?

Sebelum ini, SIC sudah membentangkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala Majlis Keselamatan Negara (MKN) pula memberi cadangan prosedur operasi standard (SOP) sekiranya perlumbaan diteruskan.

SIC juga akan berbincang lebih lanjut dengan Dorna Sports selaku pemegang hak ekslusif komersial dan hak penyiaran MotoGP. Tujuannya, memberi keputusan muktamad mengenai penganjuran MotoGP Malaysia 2021.

Kita memang mahu penganjuran diteruskan, tapi disebabkan kekangan situasi semasa, KKM meletakkan syarat agak ketat untuk membendung kes Covid-19 supaya tidak meningkat, jadi mereka (Dorna Sports) perlu ikuti apa ditetapkan KKM,” katanya.

Tahun lalu, MotoGP Malaysia 2020 yang sepatutnya berlangsung pada 30 Oktober-1 November terpaksa dibatalkan kerana pandemik Covid-19.

BACA >>> Tentang Rossi: Quartararo, Vinales dan Crutchlow Beri Pandangan
BACA >>> Rossi Sah Bersara!

SUMBER: Bernama

Related

392
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Azhan Shafriman Hanif, Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP) Malaysia 2021, Kementerian Kesihatan (KKM), Litar Antarabangsa Sepang, Majlis Keselamatan Negara (MKN), MotoGP 2021, MotoGP Malaysia 2021, SIC

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev